Bekas pemain Liverpool itu menjaringkan gol ke 20 dan 21 beliau musim ini selepas Southampton mencatatkan kemenangan ke atas Watford 3 - 1.
Danny Ings menjaringkan 2 gol ke atas Watford pada perlawanan semalam. Foto : Gettyimages |
Dan laman Twitter rasmi Southampton menyatakan Danny Ings "bukan untuk dijual" secara berseloroh terhadap salah seorang komen peminat Liverpool.
Pemain antarabangsa England itu berhijrah dari Liverpool ke Southampton dengan nilai £20 juta musim lepas setelah dipinjamkan selama semusim ke kelab itu dan musim ini beliau turut berada di tahap yang lebih baik.
Sejak bolasepak disambung selepas tertangguh 3 bulan, Ings telah menjaringkan 3 gol dari 3 penampilan dan dilihat rentak sentuhan beliau tidak berubah sejak sebelum ini.
Dan selepas kemenangan ke atas Watford, laman Twitter rasmi Southampton membalas ciapan salah seorang peminat Liverpool yang bertanya samada mereka boleh membawa balik pemain itu.
Ianya berbunyi : Anda dah dapat banyak daripada kami. |
Liverpool telah membawa masuk 6 pemain dari Southampton sepanjang 6 musim lepas iaitu Virgil Van Dijk, Sadio Mane, Dejan Lovren, Adam Lallana, Nathaniel Clyne dan Rickie Lambert. Manakala Alex Oxlade Chamberlain turut bermain untuk Southampton sebelum ke Arsenal dan Liverpool.
ADMIN
Lepas beli, jual ke sana balik. Putar putar duit situ situ sahaja. Tapi free kick James Ward Prowse lawa.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment