Skip to main content

Jurgen Klopp Menjelaskan Mengenai Pelan Perpindahan Musim Panas Hadapan

Beliau menjangkakan musim perpindahan yang agak senyap pada kali ini. 

Skuad Liverpool telah dinobatkan sebagai juara EPL pada musim 2019 2020. Foto : Gettyimages
Dan Klopp mengakui kelab tidak akan mampu membelanjakan berjuta juta selepas ini namun yakin ia tidak akan menghalang kelab itu mencatatkan kejayaan. 

Beliau risau akan impak kewangan yang disebabkan penularan Covid 19 akan berlanjutan selama berbulan bulan sekaligus memberikan impak kepada semua kelab di EPL. 

Walaupun beliau dijangka tidak melakukan perpindahan mega pada musim ini, namun beliau yakin Liverpool berada dalam kedudukan terbaik untuk berjuang mengekalkan kejuaraan. 

Menurut Klopp :

"Ianya mengenai impak kewangan yang bakal berlaku berikutan krisis coronavirus. Ianya bukan sahaja mengenai bolasepak, anda kena bayar segala bil di akhirnya".

"Tiada siapa tahu akan jumlah bil yang kita akan terima. Diharap ianya segera berakhir namun kita tidak boleh memandang rendah akan masalah ini".

"Kita tidak dapat membelanjakan berjuta juta untuk kerana kita mahukan atau kita fikir patut melakukan. Kita tidak pernah terfikir melakukan perkara itu. Covid telah memberikan impak luaran dan dalaman. Ia tidak menunjukkan kita bakal sibuk dalam pasaran selepas ini".

Klopp juga percaya krisis ini telah memberikan impak kepada semua kelab - termasuk pencabar terdekat Man City dan Man United yang dijangka tidak akan berbelanja besar dengan impak krisis ini telah melibatkan jutaan. 

Dan Klopp berjanji untuk mengekalkan kompetitif untuk pasukan Liverpool pada musim hadapan, meskipun tidak membawa masuk pemain bintang seperti yang dijangkakan peminat.

"Cuba anda lihat pasukan ini. Ianya bukanlah skuad yang perlukan perubahan sekarang dan kami akan berkata OK. Menukar pemain di posisi ini dan itu".

"Jika anda peminat bolasepak, anda mahu pemain back up untuk ini dan itu dan sekiranya anda gembira dengan skuad sedia ada pun anda mahu bekap".

"Masalah untuk pasukan yang kuat, bagaimana anda nak mengubah sebuah pasukan yang kuat seperti ini. Jadi anda harus kreatif dan cuba menjadi kreatif. Itu yang kami perlu lakukan secara dalaman".

Dan Klopp juga menyatakan kelab tidak akan kehilangan khidmat pemain utama seperti Mo Salah, Virgil Van Dijk dan Sadio Mane pada musim panas ini.

"Kami yakin dapat mengekalkan skuad sedia ada sekarang".

ADMIN

Macam mana nak menguatkan pasukan yang sedia kuat macam Liverpool? Hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football