Skip to main content

Mikel Arteta Mahu Jadikan Jurgen Klopp Sebagai Inspirasi Membina Semula Arsenal

Namun pengurus Arsenal itu tahu ianya bukan semudah "potong dan tampal" ketika Klopp membina pasukan Liverpool dari bawah. 

Mikel Arteta memegang tampuk pengurus dari Unai Emery musim ini. Foto : Gettyimages
Dan Arteta melontarkan pujian buat Jurgen Klopp yang meletakkan asas untuk kejayaan kelab itu terlebih dahulu sama seperti beliau mahu membina skuad Arsenal ketika ini. 

Namun beliau tahu ianya bukan tugas mudah Klopp dalam proses membina Liverpool yang kini dinobatkan sebagai juara EPL untuk musim 2019 2020.

Menurut Arteta : 

"Liverpool adalah salah satu contoh terbaik bagaimana ianya dilakukan. Namun ia memerlukan kerja keras dan banyak keputusan yang tepat untuk semua pihak".

"Pertama sekali anda harus percaya dengan apa yang anda lakukan dan melihat samada keputusan anda selaras dengan apa yang anda percaya".

"Dari sana anda akan melakukan satu keputusan, dari segi rekrutmen pemain untuk membolehkan jurulatih menentukan corak permainan mereka dengan kepercayaan peminat".

"Pemain yang diperlukan adalah pemain yang meletakkan kepercayaan penuh kepada pengurus, untuk kelab dan memberi komitmen 100% untuk kelab tidak kira apa yang berlaku".

Arteta sememangnya kagum dengan Klopp bersama sama ahli lembaga pengarah mengenalpasti pemain yang terbaik untuk projek mereka.

Tambah Arteta :

"Anda harus bertanya apakah personaliti pemain yang anda mahukan? Adakah ia sesuai dengan taktikal kelab?"

"Selepas itu, kualiti, posisi, apa lagi yang diperlukan? Perlahan lahan pasukan akan dapat bersaing dan menjadi lebih baik. Kedudukan liga sekarang menunjukkan betapa jauhnya jurang mereka dan kami".

"Namun jika anda telah mampu menunjukkan perubahan dan mencipta kepercayaan - terhadap peminat dan sejarah lalu anda akan mampu melakukannya. Saya amat percaya dengan itu".

ADMIN

Untuk membina pasukan mantap seperti Klopp lakukan, memerlukan masa 4 tahun. Arsenal juga boleh melakukan seperti ini jika sabar. 

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football