Liverpool sah dinobatkan sebagai juara EPL setelah Chelsea menewaskan Man City.
Jordan Henderson merupakan kapten Liverpool yang akan menjulang EPL musim ini. Foto : Gettyimages |
Dan kapten itu menyatakan ini merupakan saat terindah kelab yang mereka tidak akan lupakan selepas ini.
Jordan Henderson merupakan sebahagian pemain yang membantu skuad melalui musim cemerlang dalam liga, dengan bersama sama rakan dan staf pasukan meraikan kejayaan itu setelah kejuaraan disahkan.
Kemenangan Chelsea ke atas Man City dengan jaringan 2 - 1 mengakhiri penantian selama 30 tahun kelab untuk kejuaraan liga.
Menurut Henderson menerusi BT Sports :
"Mengagumkan. Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini hingga saat ini. Sangat mengagumkan kerana kami berjaya melakukannya".
"Saya amat gembira dengan rakan sepasukan, kelab, peminat dan bandaraya ini. Saya agak teruja buat masa sekarang. Sangat berbangga dengan apa yang saya lakukan".
Pemain Liverpool meraikan kejayaan itu selepas wisel penamat di Stamford Bridge ditiup.
Virgil Van Dijk, Andy Robertson, Alex Oxlade Chamberlain dan Roberto Firmino dilihat meraikan kejayaan itu walaupun mereka tidak berada di Anfield.
Tambah Henderson :
"Ketika kami menjuarai UCL perasaan yang berbeza dialami oleh kami kerana ketika itu kami di padang. Dan bila kami menonton perlawanan ini ketika wisel penamat ditiupkan, ia bakal menjadi kenangan terindah buat setiap individu di kelab ini".
"Saya pernah menyatakan semasa menjuarai UCL dahulu bahawa tanpa pengurus, kami tidak akan mendapat kejayaan ini dan ianya sama seperti yang kami raikan sekarang".
"Bukan kami tidak menghormati bekas pengurus terdahulu namun sejak beliau tiba di pintu Anfield beliau telah banyak melakukan perubahan dan kami telah lakukan sebaik mungkin, mengikut arahan dan percaya kepada beliau".
- ADMIN
Jordan Henderson bakal menjulang piala yang peminat LFC amat idamkan, EPL. YNWA skip.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment