Skip to main content

Joel Matip Tersisih Sepanjang Musim Ini Berikutan Kecederaan

Pemain pertahanan tengah Liverpool ini dikeluarkan ketika perlawanan Merseyside Derby berikutan kecederaan pada kaki. 

Joel Matip tersisih hingga hujung musim ini. Foto : Gettyimages
Dan pemain pertahanan ini dijangka tidak akan bermain dalam baki 7 perlawanan lagi dengan Liverpool telah mengesahkan kejuaraan liga. 

Menurut Matip menerusi Liverpool FC :

"Musim ini saya tidak akan sempat pulih untuk membantu pasukan tetapi musim hadapan diharap saya dapat kembali lebih awal untuk membantu pasukan".

Dengan ini Klopp hanya mempunyai 3 pemain pertahanan senior untuk baki perlawanan musim ini, dengan Dejan Lovren sebagai back up untuk Virgil Van Dijk dan Joe Gomez. 

Setelah memainkan peranan penting bersama sama Van Dijk pada musim lepas dalam merangkul kejuaraan UCL, beliau hanya melakukan 9 penampilan sahaja untuk musim ini. 

Perlawanan Merseyside Derby yang ke 236 itu merupakan perlawanan kompetitif pertamanya sejak mengalami kecederaan lutut sejak Oktober tahun lepas ketika menentang Man United. 

Di sebalik kejayaan Liverpool musim ini, ianya musim yang mengecewakan buat Matip di mana penampilan beliau terjejas akibat kecederaan dan tidak dapat membantu gandingan Van Dijk dan Gomez secara keseluruhan. 

Setelah memanaskan bangku simpanan pada perlawanan pertama menentang Norwich, Matip melakukan penampilan dalam 9 perlawanan seterusnya sebelum tersisih ketika perlawanan Man United. 

Beliau kembali bermain ketika perlawanan menentang Shrewsbury pada Januari dan selepas itu hanya melakukan penampilan dalam ligadi minit 90 ketika menentang WHU pada Februari. 

ADMIN

Kini hanya tinggal Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Dejan Lovren selain pemain muda Ki Jana Hoever dan Sepp Van Der Berg.

Sumber : Liverpool Echo


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football