Skip to main content

Bila Tarikh Liverpool Akan Menerima Trofi EPL Setelah Sah Sebagai Juara

Kini segala galanya sudah terjawab bilakah skuad Jurgen Klopp akan menerima trofi EPL yang dimenangi mereka. 

Liverpool sah dinobatkan juara EPL bagi musim 2019 2020
Ketika ini Liverpool telah memecahkan rekod sebagai pasukan paling cepat dinobatkan juara dalam EPL dengan berbaki 7 perlawanan liga. 

Trofi itu akan ke Anfield setelah Man City tewas kepada Chelsea awal pagi Jumaat dengan keputusan 2 - 1.

Liverpool terpaksa menanti sehingga Jun untuk sah dinobatkan sebagai juara EPL berikutan bolasepak ditangguhkan akibat penularan Covid 19 sejak 14 Mac lepas. 

Namun peminat tertanya bilakah Liverpool akan menerima trofi EPL tersebut.

Premier League telah mengesahkan bahawa Liverpool akan menerima trofi berprestij itu pada perlawanan terakhir mereka di Anfield, iaitu menentang Chelsea. Pasukan yang membantu secara tidak langsung untuk memberikan trofi itu ke Liverpool. 

Dijadualkan perlawanan itu akan berlangsung pada 18 Julai. 

Persiapan telah dibincangkan oleh pihak penganjur untuk meraikan kejayaan itu dengan pihak Majlis Bandaraya Liverpool telah mengesahkan akan melakukan perarakan besar besaran di bandaraya itu apabila keadaan selamat dari Covid 19.

Sasaran Liverpool seterusnya adalah untuk memecahkan rekod 100 mata yang dilakukan oleh Man City pada 2017 / 2018, dengan kelab itu kini memperolehi 86 mata dengan berbaki 7 perlawanan liga lagi. 

ADMIN

Chelsea akan buat Guard Of Honor kot. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football