Beliau berhijrah dari Southampton ke Liverpool dengan nilai £34 juta pada 28 Jun 2016, dengan merupakan salah satu perpindahan paling bernilai dicatatkan kelab buat masa sekarang.
Sadio Mane merupakan salah satu tunjang serangan pasukan Liverpool buat masa sekarang. Foto : Gettyimages |
Sebelum menyertai Liverpool, Sadio Mane telah menjaringkan 25 gol dari 75 penampilan bersama The Saint sepanjang dua musim di sana.
Jurgen Klopp telah memantau perkembangan pemain ini sejak di RB Salzburg dan cuba mendapatkan Sadio Mane ketika bersama Borussia Dortmund.
Sebahagian peminat merasakan pembelian setinggi £34 juta itu amat berbaloi walaupun pada awalnya kemampuan beliau diragui ketika bermain untuk satu kelab dengan nama yang besar seperti Liverpool.
Namun mereka silap.
Sejak menyertai Liverpool 4 tahun lepas, Mane merupakan sebahagian dari skuad yang memenangi UCL, UEFA Supercup, Club World Cup dan EPL. Selain dari pencabar terdekat untuk meraih anugerah Pemain Terbaik PFA musim ini.
Beliau sekali lagi melalui musim yang hebat, dengan ketika ini menjaringkan 15 gol dan mencipta 7 assist dalam perlawanan EPL.
Namun statistik sebenar yang dipegang oleh Sadio Mane adalah beliau tidak pernah merasai kekalahan dalam perlawanan liga yang diadakan di Anfield.
Kali terakhir Liverpool tewas dalam kempen EPL adalah ketika menentang Crystal Palace pada April 2017, namun Mane tidak bersama skuad ketika itu berikutan kecederaan lutut.
Sejak hari itu Liverpool telah menjadikan Anfield sebagai kubu kuat mereka, dengan hanya beberapa pasukan yang mampu meraih mata di sana dalam EPL.
Rekod ini merupakan salah satu bukti betapa pentingnya Sadio Mane bersama Liverpool, bersama sama beberapa pemain seperti Mo Salah dan Virgil Van Dijk.
Setakat ini rekod itu masih dikekalkan dengan perlawanan menentang Aston Villa, Burnley dan Chelsea masih dinantikan sebelum musim ini berakhir.
ADMIN
Daripada pemain yang tidak disukai kerana selalu mengecewakan peminat Liverpool kepada pemain yang disayangi sekarang. YNWA.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment