Skip to main content

Permintaan Andy Robertson Ditunaikan - Liverpool Kembali Jalani Latihan Pada Hari Ahad

The Reds kembali menjalani latihan pada Ahad, 2 hari selepas dinobatkan sebagai juara EPL.

Kegembiraan terpancar pada wajah setiap pemain LFC di Melwood. Foto : Liverpool FC
Namun ia tidak bermakna musim ini telah selesai buat mereka.

Mereka telah mencipta sejarah dengan mendakap kejuaraan dengan berbaki 7 perlawanan liga, mengatasi pasukan lain sebelumnya namun mereka sedang mengintai untuk memecahkan rekod lain dalam EPL.

Salah satunya adalah untuk memecahkan rekod 100 mata Man City, di mana kini 14 mata diperlukan dari 21 perlawanan yang dilalui. Percubaan untuk memecahkan rekod itu bermula dengan menentang Man City di Etihad pada awal pagi Jumaat hadapan.

Dan beberapa intipati sesi latihan kali ini mendapat perhatian :

1. Permintaan Robbo Ditunaikan

Para pemain Liverpool meraikan kejuaraan sejak Khamis lepas, dan Robertson mengakui terdapat satu permintaan yang ditunaikan.

"Kami cuba untuk memujuk boss supaya memberikan kami cuti selama dua hari. Beri dia beberapa botol minuman keras dan kami mendapat cuti 2 hari itu".

Ia mungkin berhasil. Liverpool hanya turun berlatih pada hari Ahad setelah diberikan cuti tambahan pada Sabtu.

Mungkin ramai yang pening kepala ..... Haha.


2. Shaqiri Kembali


Pemain ini tidak kelihatan dalam sesi latihan sejak Januari lalu, dan tidak kelihatan dalam mana mana sesi latihan di Melwood selepas itu.

Namun beliau kembali ke padang latihan Melwood pada minggu ini, memberikan tanda bagus menerusi ibu jari sebelum menyertai latihan bersama rakan sepasukan selepas itu.

3. Dua Pemain Tidak Turun Berlatih

Dalam foto sesi latihan di Liverpool FC, dua pemain yang jelas tidak dapat menjalani latihan berpasukan adalah James Milner dan Joel Matip.

Kedua dua pemain ini telah mengalami kecederaan ketika Merseyside Derby dan tidam diturunkan dalam perlawanan menentang Crystal Palace minggu lepas.

Kedua dua pemain juga diragui untuk diturunkan pada Jumaat ini.

4. Rambut Roberto Firmino

Sesiapa yang mengikuti Roberto Firmino di halaman sosial pasti tahu akan perubahan beliau.

Firmino telah memotong dan mendandankan rambutnya sejak lockdown UK.

Perubahan rambut Bobby. 
ADMIN

Lain macam sejak jadi juara EPL ni. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football