Skip to main content

Liverpool Secara Rasmi Adalah Kelab Paling Berjaya Di England

Perbandingan kejuaraan dan trofi yang dimenangi oleh The Reds berbanding Man United. 

Ketika ini Klopp telah memenangi 4 kejuaraan major sejak menjadi pengendali Liverpool. Foto : Sky Sports

Difahamkan Liverpool merupakan kelab paling berjaya di England dalam sejarah bolasepak Inggeris. 

Selama ini peminat pasukan terutama Man United dan Liverpool saling berbalah untuk menentukan kelab yang paling berjaya dengan menambah atau mengurangkan kejuaraan mengikut citarasa mereka bagi membuktikan kelab yang disokong itu sangat berjaya. 

Namun setelah skuad Klopp sah dinobatkan sebagai juara EPL 2019 2020, tiada yang boleh memyangkal dengan Liverpool kini memperolehi 48 kejuaraan major ketika ini. 

Dari aspek kejuaraan domestik, Liverpool kini memperolehi 19 kejuaraan liga, 7 kejuaraan Piala FA dan 8 kejuaraan Piala Liga ( sekarang orang panggil Carabao Cup / Piala Kerbau )

Kejuaraan di seluruh Eropah pula memperlihatkan Liverpool memperolehi kejuaraan Eropah / UCL sebanyak 6 kali, 3 kejuaraan Piala UEFA / Europa League, 4 kejuaraan UEFA Supercup dan 1 kejuaraan Piala Kelab Dunia.

Berbanding seteru terdekat, Man United dengan 45 kejuaraan secara total. 

Man United setakat ini telah menjuarai 20 kejuaraan liga, 12 kejuaraan Piala FA, 5 Piala Liga, 3 kejuaraan Eropah / UCL, 1 kejuaraan Piala Antara Juara ( Cup Winners Cup ), dan masing masing 1 kejuaraan Piala UEFA / Europa League, UEFA Supercup, Piala Antara Benua dan Piala Kelab Dunia.

Perbandingan kejuaraan major yang dimenangi pasukan di England. Foto : Metro

Piala Sumbangsih atau Community Shield biasanya tidak dikira sebagai kejuaraan major. 

ADMIN

Bukan kami kata, suratkhabar England ni yang kata. Haha. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football