Skip to main content

Neco Williams Layak Diberikan Ruang Untuk Beraksi Dalam Skuad Utama - TAA

Pemain bek kanan itu juga menekankan dua kualiti yang dimiliki Neco. 

Neco Williams kini hampir diserapkan dalam skuad utama LFC. Foto : Gettyimages
Williams melakukan penampilan pertama dalam EPL setelah beliau menggantikan Trent sendiri pada perlawanan menentang Crystal Palace yang dimenangi The Reds dengan 4 - 0.

Ianya merupakan satu kejayaan kecil buat pemain muda berasal dari Wales itu, dengan ketika ini telah melakukan penampilan pertama sejak Oktober lepas dan melakukan 5 penampilan dalam kejohanan piala domestik. 

Trent apabila ditanya apakah persamaan yang dimiliki beliau dengan Neco yang lebih junior, beliau berkata :

"Kemahuan untuk belajar dan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa".

"Anda dapat lihat beliau sentiasa mahu memperbaiki diri beliau dan belajar perkara baru walaupun perkara kecil, seperti pemain muda lain. Saya berpendapat tiada tempat yang lebih baik dari belajar di Liverpool, dan diberi peluang untuk membuktikan kebolehan diri ketika menentang Palace".

"Mendapat peluang untuk berlatih bersama pemain berkelas dunia menjadikan anda lebih baik dan bersedia untuk diturunkan bila tiba masanya. Jadi bagi saya pencapaian membanggakan apabila melihat beliau dan Harvey bermain dengan baik".

"Mereka telah menunjukkan kualiti mereka dan menunjukkan kepada boss jika mereka bersedia mereka akan mendapat peluang - dan layak mendapat peluang sebegini".

ADMIN

Kini terpulang untuk Neco dan beberapa pemain muda lain untuk step up ke penanda aras lebih tinggi. YNWA. 

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football