Skip to main content

Pep Guardiola Mengesahkan Pelan Man City Memberikan "Guard Of Honor " Liverpool FC

Beliau mengakui Liverpool telah memecahkan dominasi mereka dalam bolasepak Inggeris dan mereka akan memberi tabik hormat kepada Liverpool. 

Peminat Liverpool menyalakan suar selepas kelab itu sah dinobatkan juara EPL. Foto : Gettyimages
Dan Pep Guardiola juga mengesahkan bahawa mereka akan memberikan "guard of honor" buat Liverpool namun sebagai penghormatan dan bukan kasih sayang terhadap kelab itu. 

Pemain Man City akan memberikan penghormatan itu ketika perlawanan antara Man City dan Liverpool pada hari Khamis hadapan. 

Menurut Pep :

"Kami akan melakukan Guard Of Honor ketika itu. Kami akan sentiasa menerima Liverpool dengan cara tersendiri ketika mereka bertandang ke sini".

"Sudah pasti kami akan melakukan ini. Sebab mereka layak menerimanya".

Dan pihak kelab mengesahkan kenyataan Pep itu merujuk kepada insiden penyokong Liverpool terhadap bas Man City ketika pertembungan kedua dua pasukan dalam aksi UCL ketika 2017 2018.

Pihak Man City juga risau akan pertembungan ini di mana penyokong Liverpool akan berpusu pusu ke Etihad untuk menyambung semula meraikan kejayaan kelab mendakap kejuaraan liga pertama sejak 30 tahun lalu. 

Sebelum ini pihak polis telah memohon supaya perlawanan itu diadakan di gelanggang berkecuali namun Majlis Bandaraya Manchester telah memberi kebenaran supaya perlawanan itu diadakan di Etihad. 

Pelan sedang dirangka untuk menghalang peminat dari berkumpul di luar Etihad Stadium menjelang pertembungan kedua dua pasukan itu.

ADMIN

Liverpool akan dapat penghormatan sebaiknya dari bekas juara. Dalam perlawanan tak akan. Kedua duanya akan bermain sebaik mungkin. 

Sumber : Daily Mirror 

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football