Terdapat dakwaan sebelum ini perlawanan yang berpotensi menjadi "Title Decider" atau "Guard Of Honor" ini bakal dimainkan di stadium berkecuali.
Etihad akan menjadi venue perlawanan Man City - Liverpool. Foto : Gettyimages |
Dan Liverpool juga berpeluang untuk memasuki stadium ini selaku juara baru, sekiranya Man City gagal memenangi perlawanan ke atas Chelsea pada awal pagi esok.
Namun Liverpool juga berpeluang untuk dinobatkan sebagai juara EPL di halaman seteru mereka ketika sebelum ini skuad kendalian Pep Guardiola adalah juara dua musim berterusan.
Sebelum ini pihak berkuasa telah mempersoalkan di mana perlawanan ini akan berlangsung berikutan kekhuatiran kedua dua penyokong akan berkumpul di luar stadium.
Berikut adalah kenyataan rasmi dari Council Safety Advisory Group (SAG) :
"Pihak SAG telah berkunjung ke Etihad Stadium pagi ini untuk melakukan penilaian menjelang perlawanan antara Man City dan Liverpool".
"Berikutan setiap perlawanan telah dilangsungkan di semua venue tanpa penonton, maka SAG tidak menghalang untuk perlawanan itu dilangsungkan di Etihad Stadium seperti dijadualkan pada Khamis 2 Julai jam 8.15 malam".
"Seperti yang dipersetujui sebelum ini, tiada kehadiran penonton yang dibenarkan dalam semua perlawanan".
ADMIN
Kini Liverpool hanya menunggu keputusan antara Chelsea dan Man City awal pagi esok.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment