Skip to main content

Statistik Fabinho Ketika Menentang Crystal Palace Serupa "Permainan Video"

Pemain tengah Brazil itu memberikan salah satu persembahan terbaik dan dominan yang pernah dilakukan beliau bersama Liverpool dalam EPL. 

Reaksi Fabinho selepas menjaringkan gol cantik dari luar petak. Foto : Gettyimages
The Reds membelasah Crystal Palace 4 - 0 dan boleh menjuarai liga jika Chelsea menewaskan Man City atau sekurang kurangnya seri dengan skuad Pep Guardiola itu. 

Fabinho merupakan salah seorang pemain yang menyerlah dalam perlawanan itu, menjaringkan gol menerusi rembatan jarak jauh serta menyumbang satu assist dalam perlawanan itu. 

Secara fakta, beliau melengkapkan hantaran jauh secara total, gagal menyempurnakan sekali hantaran dan memenangi bola sebanyak 6 kali. Untuk pemain tengah pertahanan, statistik ini sememangnya bagus.

Berikut adalah statistik dari Statman Dave :




Maksudnya :

  • 100% ketepatan hantaran jauh
  • 98% ketepatan hantaran
  • 6/6 takel
  • 4 mendapat semula bol
  • 2 pintasan
  • 1 bantuan gol
  • 1 gol



Sebelum ini prestasi Fabinho telah mengalami sedikit penurunan dan bergelut untuk kembali ke prestasi sebenar sejak Krismas lepas namun 2 perlawanan sebelum ini beliau telah menunjukkan prestasi memberangsangkan. 

Liverpool belum lagi dibolosi sejak EPL disambung semula dengan Fabinho memainkan peranan untuk melindungi back four dalam dua perlawanan sebelum ini. 

ADMIN

Ini yang kita mahukan dari pemain tengah defensif kita. YNWA. 

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football