Kejayaan ini diraikan bersama untuk bekas pengurus seperti Joe Fagan, Bob Paisley dan Bill Shankly serta Steven Gerrard.
Jurgen Klopp meraikan kejayaan dengan beberapa figura lagenda sebagai inspirasi. Foto : Gettyimages |
Beliau menganggap beberapa figura lagenda itu terlibat dalam membina kelab hingga berjaya mencatatkan kejayaan sekarang.
Kekalahan Man City 2 - 1 ke atas Chelsea membolehkan Liverpool merangkul gelaran itu di mana ianya disaksikan dan diraikan sendiri oleh pemain Liverpool di salah sebuah hotel.
Menurut Klopp menerusi LFC.TV :
"Mesej saya, kejayaan ini untuk anda di luar sana dan diharap anda dapat merasainya".
"Ianya untuk semua. Kenny Daglish dan Graeme Souness, saya telah bercakap dengan mereka dan sangat positif. Terima kasih kepada mereka kerana membina kelab dengan cara mereka sendiri dahulu".
"Ianya terbina oleh Fagan, Shankly dan Paisley. Kepada pemain seperti Steven Gerrard yang membina kelab dengan kaki beliau selama 20 tahun. Beliau memikul bebanan selama itu dan beliau lakukannya dengan cemerlang".
"Pemain sekarang amat mencintai kelab. Mereka suka untuk menjadi sebahagian dari kelab dan sejarahnya. Ianya bagus untuk belajar dari sejarah dan menggunakan pengalaman itu sejak 2 tahun lepas".
Klopp juga menyatakan bahawa beliau mahu semua pemain menonton perlawanan awal pagi tadi.
Tambah beliau :
"Kami hampir tiada alternatif, kami telah memikirkan dan perlu berbuat sesuatu. Mengikut undang undang dan mereka harus memandu sendiri ke tempat yang ditetapkan".
"Namun saya menetapkan undang undang bahawa mereka semua menonton perlawanan bersama sama. Saya memberitahu mereka jika menonton di rumah ia merupakan kekesalan terbesar mereka sepanjang hidup".
Liverpool mampu mencatatkan rekod baru dengan menjadi pasukan yang mencatatkan rekod mata tertinggi jika mampu meraih 15 mata dari baki 7 perlawanan.
ADMIN
Jurgen Klopp amat menghormati lagenda kelab sebelum ini. Kelas tersendiri.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment