Sepanjang minggu lepas Liverpool FC telah bekerjasama dengan Polis Merseyside, Majlis Bandaraya Liverpool dan kelab peminat "Spirit Of Shankly" untuk mengingatkan penyokong bahawa wilayah itu belum lagi pulih dari wabak Covid 19 dan menyeru peminat untuk meraikan kejayaan menjuarai EPL dengan cara yang selamat.
Namun beberapa ribu peminat telah berkumpul di kawasan Pier Head pada Jumaat 26 Jun dan memilih untuk mengabaikan penjarakan sosial serta merisikokan keselamatan awam..
Bandaraya ini belum pulih dari masalah wabak dan sikap sebegini amat tidak boleh diterima.
Potensi bahaya gelombang kedua Covid 19 masih tinggi dan kita harus bekerjasama untuk menbendung wabak ini dengan tidak melakukan apa apa perkara di luar dugaan dengan wilayah ini masih dalam perintah berkurung.
Dan bila ianya sudah selamat, pihak kami akan mengatur acara untuk perarakan dan semua pihak dijemput hadir untuk meraikannya. Namun ketika ini, keselamatan bandar dan penghuninya adalah keutamaan bagi pihak kami.
ADMIN
Nampak dari gambar pun memang ramai peminat Liverpool yang telah mengabaikan penjarakan sosial.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment