Gol dari "Black Lives Matter" Trent Alexander Arnold, Mo Salah, Fabinho dan Sadio Mane membawa The Reds selangkah untuk mendakap kejuaraan liga, dengan keputusan bergantung kepada perlawanan Chelsea - Man City esok.
Fabinho melakukan jaringan gol jarak jauh ke atas Palace. Foto : Gettyimages |
Jurgen Klopp melakukan rombakan dengan memasukkan pemain utama terbaiknya dalam perlawanan pertama di Anfield selepas liga tertangguh pada Mac lepas.
Mo Salah dan Andy Robertson disenaraikan kembali dalam kesebelasan utama |
Manakala skuad Roy Hodgson menyenaraikan pemain utama seperti Wilfried Zaha.
Crystal Palace menurun Ayew tanpa kehadiran beberapa pemain utama seperti Milivojevic dan Benteke. |
Liverpool memulakan perlawanan kali ini dengan lebih garang apabila Wijnaldum hampir membuka jaringan seawal minit 7, hasil hantaran Henderson dan kuisan tidak kemas pertahanan Palace namun keluar sedikit dari pintu gol.
Selang 2 minit, giliran Henderson menerima umpanan cantik dari Mane dari sebelah kiri namun rembatan beliau tinggi di hadapan gol.
Mane sekali lagi mencipta peluang buat rakan sepasukan pada minit ke 15, apabila backheel beliau menemui Firmino yanh melakukan larian namun rembatan beliau tepat ke Hennessey.
Liverpool akhirnya membuka jaringan menerusi sepakan percuma luar petak cantik dari Trent Alexander Arnold pada minit ke 21, di mana ianya gol kedua beliau menerusi sepakan percuma terus dalam EPL musim ini.
The Reds hampir sekali memperolehi gol apabila satu lagi sepakan percuma dikeluarkan Hennessey namun jatuh untuk Henderson melakukan rembatan half volley tetapi malangnya terkena tiang dan follow up Van Dijk dikeluarkan pertahanan Palace pada minit ke 27.
Liverpool terus mengasak untuk memburu gol kedua dengan Wijnaldum memperolehi peluang keduanya hasil kombinasi menarik Salah dan Mane tetapi sekali lagi ianya sipi dari pintu gol pada minit ke 36.
Crystal Palace nyaris dihukum pada minit ke 40 dengan tandukan clearance Hennessey yang tepat ke Mo Salah namun tendangan lambung beliau tidak tepat ke sasaran.
Satu satunya percubaan Crystal Palace ke gol pada separuh masa pertama adalah menerusi Max Meyer selang seminit selepas itu namun keluar dari pintu gol Liverpool.
Namun di minit 43, kealpaan benteng Palacs dihukum oleh satu hantaran lambung Fabinho untuk Mo Salah yang melepasi kawalan Van Aanholt sebelum menguis bola masuk untuk Liverpool selesa mendahului 2 - 0 di separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Liverpool memperkemaskan permainan untuk menyumbat lebih banyak gol dengan amaran awal diberikan oleh Robertson yang melakukan rembatan luar petak namun tinggi melewati palang pada minit ke 53
Seminit selepas itu, Liverpool sangat selesa di hadapan apabila Fabinho menjaringkan gol menerusi percubaan jarak jauh cantik menewaskan Hennessey.
Liverpool semakin garang dengan Wijnaldum lagi memperolehi peluang pada minit ke 56, namun kuisan depan gol beliau tepat ke penjaga gol.
Klopp melakukan pertukaran pertamanya selepas itu dengan memasukkan Alex Oxlade Chamberlain sambil mengeluarkan Jordan Henderson pada minit ke 63.
Namun ini tidak bermakna Liverpool mengendurkan serangan mereka, apabila menyumbat lagi gol keempat menerusi kombinasi hantaran Firmino - Salah dan kemudiannya melorongkan untuk penyudah Mane pada minit ke 68.
Minit ke 73, Klopp membawa masuk Neco Williams dan Minamino sambil merehatkan Firmino dan Trent.
Menjelang 10 minit terakhir, Klopp memberikan peluang buat Elliot dan Keita beraksi sambil mengeluarkan Mane dan Robertson.
Di minit minit akhir perlawanan Liverpool nyaris menambah gol menerusi gerakan Mo Salah dan percubaan Neco Williams tetapi kali ini penjaga gol dan pertahanan Palace menafikan percubaan itu tetapi sudah memadai buat Liverpool untuk selangkah lagi ke arah gelaran juara EPL musim 2019 2020.
ADMIN
Segala gala akan terjawab mulai esok atau minggu depan. Teruskan momentum Reds!
Comments
Post a Comment