Skip to main content

"The Unsung Hero" - Tom Werner Memberikan Pujian Terhadap Sumbangan Michael Edwards

Berikutan kejuaraan EPL yang dimenangi pada minggu ini, pengerusi Liverpool itu melontarkan pujian kepada staf di balik tabir dan juga Klopp.

Michael Edwards merupakan Sporting Director Liverpool FC. Foto : Gettyimages
Tom Werner menyatakan pujian kepada Michael Edwards sebagai salah seorang hero yang tidak didendangkan sempena 

Liverpool berjaya mengesahkan kejuaraan liga sejak 30 tahun apabila pencabar terdekat mereka Man City tewas 2 - 1 kepada Chelsea. 

Di saat peminat melihat Klopp dan anak buahnya menewaskan lawan satu demi satu untuk memperolehi kejayaan, tanpa sedar Michael Edwards merupakan mastermind di belakang tabir kejayaan kelab itu buat masa sekarang. 

Edwards tiba di Liverpool sebagai Ketua Unit Perkembangan Prestasi dan Analisis pada 2011 dan dinaikkan ke jawatan Sporting Director pada 2019.

Antara tugas beliau adalah menjual pemain yang berprestasi sederhana seperti Christian Benteke dan Jordon Ibe, sambil membawa masuk beberapa pemain yang boleh digilap seperti Sadio Mane, Mo Salah dan Virgil Van Dijk. 

Tom Werner menerusi The Athletics :

"Edwards bekerja di sebalik tabir namun peranan beliau tidak boleh dipandang remeh. Beliau sememangnya amat penting".

"Ianya bukan sekadar mencari pemain dan membida dengan harga yang cukup tinggi. Ianya mengenai pembangunan bakat pemain dan mengatur strategi persetujuan jangka panjang untuk kekal konsisten dari tahun ke tahun".

"Saya juga mahu memberikan pujian kepada dua orang kuat Edwards iaitu Dave Fallow dan Barry Hunter. Mereka bekerja keras untuk memberikan khidmat dan bantuan buat Jurgen Klopp".

Werner juga memuji Jurgen Klopp kerana beliau berkongsi kejayaan dengan semua pihak di Liverpool ketika ini.

Tambah Werner :

"Salah satu banner yang tertera di Kops adalah Unity Is Strength. Saya berpendapat salah satu kualiti kepimpinan yang dimiliki Klopp ketika ini adalah beliau bukan sahaja berkongsi kejayaan ini di kalangan pemain namun kepada semua staf Liverpool FC".

"Lihat bagaimana beliau memberikan respon kepada kejayaan menjuarai liga pada Khamis lepas. Beliau mengambil masa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua staf. Beliau mahu semua staf terlibat dalam kejayaan ini".

"Jurgen bukan sahaja berjaya mendapatkan bakat terbaik namun menjadikan bakat itu lebih baik dari sebelumnya. Beliau adalah pemikir strategis yang bagus dan sukakan persaingan. Tetapi beliau mempunyai empati dan berhati waja".

ADMIN

Michael Edwards lah yang membantu Klopp mendapatkan pemain pemain yang dimahukan beliau, dan beliau layak dianggap salah satu faktor penentu kejayaan. 

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football