Skip to main content

Penantian 30 Tahun Berakhir : Liverpool Sah Juara EPL 2019 2020!

Chelsea menewaskan Man City 2 - 1 dalam perlawanan EPL di Stamford Bridge awal pagi ini.

Willian menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti untuk menewaskan Man City. Foto : Gettyimages
Sebelum perlawanan ini berlangsung, Liverpool mempunyai kelebihan 23 mata dari pencabar terdekat Man City setelah menewaskan Crystal Palace pada hari sebelumnya. 

Skuad Jurgen Klopp hanya kehilangan 7 mata sahaja musim ini dengan mencatatkan 28 kemenangan liga setakat ini dan hanya memerlukan 2 mata untuk bergelar juara EPL dalam masa 30 tahun. 

Dan kemenangan Chelsea ke atas Man City memadamkan sisa sisa perjuangan skuad Pep Guardiola untuk mencabar kedudukan Liverpool yang kini berada di tangga teratas liga. 

Ini bermakna Liverpool telah disahkan sebagai juara bolasepak England sebanyak 19 kali sekaligus mengakhiri penantian 30 tahun. 

Liverpool cuma keciciran mata ketika menentang Man United, dengan merasai kekalahan pertama hanya pada 29 Februari ke atas Watford dan seri dengan Everton pada minggu lepas. 

Dengan itu Liverpool hanya merasai dua kekalahan dalam liga ketika ini dalam dua musim. 

Musim ini merupakan musim untuk Liverpool mendominasi bolasepak Eropah, dengan menjuarai UEFA Super Cup dan Club World Club terlebih dahulu sekaligus lanjutan kepada kejuaraan UCL yang dimenangi musim lepas. 

Perlawanan Liverpool seterusnya adalah menentang Man City di Anfiel di mana The Reds dijangka menerima "Guard Of Honor".

ADMIN

Kita juara EPL 2019 2020. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan