Beliau bersama The Reds sejak 2014 hingga 2018 dan kemudian menyertai Juventus secara perpindahan percuma.
Emre Can ketika di Juventus. Foto : Gettyimages |
Dan kenyataan beliau dahulu kini hampir memakan dirinya sendiri setelah Liverpool menjuarai EPL pada Khamis lepas.
Beliau masih menyimpan rahsia sebenar sebelum itu, mengapa beliau mahu sangat meninggalkan Liverpool sedangkan kelab menuju ke arah yang lebih positif di bawah Jurgen Klopp.
Dan akhirnya beliau memecahkan rahsia sendiri apabila berhasrat meninggalkan Liverpool kerana mahu menjulang trofi.
Can menerusi Liverpool Echo :
"Saya mendapat banyak tawaran dari pasukan yang bagus".
"Saya membuat keputusan untuk ke Juventus kerana mereka merancang satu projek yang besar di sini. Mereka menyasarkan sesuatu yang besar. Saya mahu terlibat dalam projek ini".
"Saya amat gembira di sini. Saya tahu bagaimana corak permainan Juventus dan saya banyak menonton perlawanan mereka tahun lepas. Salah satu idola saya adalah Zidane yang pernah bermain untuk kelab ini".
"Pengurus pertama saya ketika saya mula bermain bolasepak adalah penyokong Juventus. Ketika saya berumur 6 atau 7 tahun beliau memberitahu saya akan bermain untuk Juve. Dan kini saya berada di sini dan ianya sebuah kisah yang indah".
"Kelab ini mempunyai hubungan baik dengan ejen saya. Saya tahu betapa besarnya kelab ini dan mentaliti mereka untuk meraih kejuaraan. Saya memiliki mentaliti itu juga - untuk menjulang kejuaraan".
"Saya fikir sasaran kelab ini adalah untuk memenangi Serie A dan juga UCL. Itu adalah sasaran mereka dan saya di sini untuk membantu kelab".
Sudah pasti Juventus memenangi Serie A pada musim itu namun mereka telah melakukannya sejak 2012.
Namun kali terakhir Juventus memenangi UCL adalah pada 1996, manakala Liverpool menjulang UCL setahun selepas pemergian beliau.
Can kemudiannya mendapati beliau tidak diperlukan di kelab, dipinjamkan ke Dortmund dan antara klausa adalah perpindahan tetap.
Di Dortmund peluang untuk Can menjuarai Bundesliga dan UCL adalah sukar, manakala Liverpool mengecapi kejuaraan liga pada Khamis lepas.
Tetapi bukan Emre Can seorang yang melangkah keluar dari Liverpool untuk menjulang kejuaraan.
Phil Coutinho turut meninggalkan Liverpool demi menjulang kejuaraan, di mana beliau sepatutnya kekal dan percaya dengan kelab.
ADMIN
Apa nak buat, silap langkah. Dan kita tetap bersama kelab dari dahulu hingga sekarang.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment