Skip to main content

Respon Klopp Mengenai Kenyataan Pep Guardiola - "Baik Dia Pergi Main Poker!"

Pengurus Liverpool itu meragui Pep Guardiola akan merehatkan sebahagian pemain utamanya dalam perlawanan menentang Chelsea.

Jurgen Klopp dan Pep Guardiola. Sumber : Gettyimages
Juara bertahan EPL itu akan menentang The Blues di Stamford Bridge pada awal pagi esok, dengan kurang 72 jam sebelum sepak mula menentang Newcastle United dalam aksi Suku Akhir Piala FA 2019 2020.

City mesti mencatatkan kemenangan ke atas skuad Frank Lampard untuk sekurang kurangnya menghidupkan peluang mencabar Liverpool di tangga teratas liga, yang kini mempunyai kelebihan 23 mata dari Man City. 

Apabila Klopp ditanya mengenai kenyataan Pep yang mahu merehatkan sebahagian bintangnya, beliau berkata :

"Apa? Beliau berkata begitu? Baik beliau main poker sahaja".

"Man City - saya amat menghormati mereka".

"Corak permainan mereka, saya amat sukakan. Ianya berbeza dengan kami. Dan amat jauh berbeza. Kami tidak boleh menjadi Man City".

"Kami mungkin meraikan dengan cara berbeza bila ianya terjadi. Mereka berada dalam situasi berbeza dan saya sukakan corak permainan mereka".

ADMIN

Klopp pun tak percaya Pep akan menurunkan skuad simpanan. 

Sumber : Goal


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football