Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

LMREDS Fantasy Premier League 2021 2022 - Juara Bulan September 2021

Juara bulanan berubah tangan, namun satu liga lagi kekal bertahan.  Berikut adalah juara bulanan untuk kedua dua liga pada bulan September.  Liga Classic Pasukan Permain Wak Madon kini telah mengambilalih takhta liga dengan kutipan mata 434. Dengan diikuti rapat oleh pasukan Asfa.  Manakala Tapah Road FC dan Robbeyie Fowler masing masing berkongsi 420 mata dan Kobis FC mengikuti rapat dengan hanya dibezakan 1 mata. Liga Head To Head Robbeyie Fowler masih kekal mendahului liga Head To Head dengan 5 kemenangan. Namun 5 pasukan lain juga berkongsi kemenangan yang sama tetapi dibezakan dengan kutipan mata.  ADMIN Bulan Oktober ini masih ada lagi. Atur pasukan anda untuk menduduki tangga terbaik. YNWA.

Statistik : Liverpool Telah Menjaringkan 20 Gol Dalam Bulan September 2021

Mo Salah menjaringkan 2 gol dan Sadio Mane menjaringkan 1 gol, manakala Firmino bermula dari bangku simpanan untuk menjaringkan 2 gol juga.  Dan 5 gol di Porto itu memastikan Liverpool kini berada di takhta kumpulan B dengan mengutip 6 mata dari dua perlawanan UCL.  Ianya bukan pertama kali Liverpool mencatatkan kemenangan selesa ke atas Porto, dengan The Reds telah mencatatkan 4 dari 5 pertemuan ke atas pasukan itu sejak Klopp menjadi pengurus Liverpool.  Pencapaian ini telah dilakukan hanya sebanyak 3 kali dalam sejarah kelab tersebut.  Kemenangan besar itu telah mencatatkan sejarah selaku pasukan yang telah menjaringkan lebih 3 gol dalam 6 perlawanan berterusan - sesuatu yang pernah dilakukan pada 1892 ( ketika kelab ditubuhkan ) dan pada 2009.  Jaringan berterusan ini dilakukan ketika menentang Leeds awal bulan ini, dengan kemenangan 3 - 0 dan disusuli oleh kemenangan 3 - 2 ke atas Milan dalam pertemuan pertama UCL. Ianya diteruskan lagi dengan kemenangan 3 - 0 ke atas Crystal Pala

"Teruskan Jones!" - Jurgen Klopp Dan Jordan Henderson Memuji Persembahan Pemain Itu

Pemain berusia 20 tahun itu diturunkan buat kali ketiga secara berterusan musim ini setelah bermain dalam perlawanan menentang Norwich dan Brentford. Setelah menarik perhatian ketika melakukan jaringan menentang Brentford, Jones mempamerkan sekali lagi prestasi terbaiknya apabila menyumbang 4 assist dalam kemenangan 5 - 1 Liverpool ke atas Porto.  Klopp mendedahkan bahawa beliau kini berada dalam prestasi konsisten sebagai pemain muda manakala Jordan Henderson pula memuji pemain itu semakin hari semakin menunjukkan kematangan. Menurut Hendo menerusi BT Sport : " Curtis adalah pemain yang hebat". "Saya tahu beliau masih muda, namun saya merasakan beliau kini sudah berada di dalam pasukan sejak beberapa tahun, beliau menyesuaikan diri dan lebih matang ketika ini". "Dan sekarang anda menyaksikan betapa bagusnya beliau dalam masa beberapa perlawanan sebelum ini". "Beliau harus bersabar dalam beberapa perlawanan sebelum ini, dan setelah beliau diturunkan b

Lagenda Liverpool Roger Hunt Meninggal Dunia

Beliau merupakan penjaring gol kedua terbanyak kelab sepanjang zaman dengan 285 gol dari 492 penampilan, meninggal dunia akibat keuzuran semalam.  Merupakan sebahagian daripada skuad yang memenangi Piala Dunia pada 1966, Hunt menyertai The Reds dari skuad amatur tempatan Stockton Heath ketika berusia 20 tahun pada 1958, dengan menghabiskan 11 setengah tahun di Anfield pada ketika itu.  Gol keseluruhan beliau berjumlah 285 kekal hingga Ian Rush berjaya memintasnya pada 1992. Namun tiada pemain lain berjaya menjaringkan gol di liga sebanyak beliau dengan 244 gol.  Hunt melakukan debut pertamanya bersama Liverpool pada September 1959, dengan kemenangan ke atas Scunthorpe dan menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.  Di bawah kendalian Bill Shankly yang tiba di kelab itu beberapa bulan kemudian, Hunt kemudiannya bergandingan dengan Ian St John bagi membentuk barisan serangan yang menggerunkan dengan menjulang kejuaraan Divisyen Dua pada 1962, disusuli dengan kejuaraan Divisyen Satu pada

Jurgen Klopp Dedahkan Bagaimana TAA Mengalami Kecederaan Pangkal Paha Ketika Latihan

Pemain itu dijangka akan tersisih sehingga selepas cuti perlawanan antarabangsa. Trent merasai kecederaan yang berlaku pada pangkal paha ketika sesi latihan pada Isnin di Kirkby dan beliau tidak turut serta dalam skuad ke Portugal dengan The Reds membelasah tuan rumah 5 - 1 awal pagi tadi. Ini bermakna beliau juga bakal terlepas perlawanan menentang Man City pada hujung minggu ini dengan James Milner bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan beliau.  Jurgen Klopp juga menyatakan keputusan untuk mengugurkan pemain itu dari mewakili England bukanlah kuasa beliau tetapi percaya pasukan kebangsaan itu akan bermain tanpa beliau dalam perlawanan menentang Andorra dan Hungary.  Menurut Klopp : "Trent sepatutnya bermain pada Sabtu dan Selasa". "Jadi beliau ketika hari Ahad tidak terlibat dalam sesi latihan, hanya pemulihan sahaja". "Pada hari Isnin, satu satunya sesi latihan kami bersama kami menjalani latihan seperti biasa"  "Ketika latihan kami berbincang

Liverpool Membelasah Porto Untuk Kekal Memimpin Kumpulan B

  Liverpool kekal menerajui kedudukan teratas kumpulan B setelah membelasah Porto dengan lima gol. Dua gol yang dijaringkan oleh Mohamed Salah, Roberto Firmino dan 1 gol dari Sadio Mane sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada Liverpool. Satu gol sagu hati dijaringkan oleh Mehdi Teremi yang menanduk masuk bola hantaran Fabio Vieira.  Liverpool mendominasi dari awal perlawanan dan persembahan Curtis Jones yang menarik mengemudi bahagian tengah Liverpool hari ini telah menyumbangkan dua bantuan gol untuk Salah dan Firmino.  Walaupun ketiadaan Keita kerana kecederaan namun Jones yang menggantikannya bermain sangat cemerlang untuk perlawanan ini.  Liverpool bermain sangat baik kali ini dari setiap aspek. Porto bukanlah lawan yang sebenar kerana perbezaan dari segi kualiti yang dimiliki pasukan tersebut dengan pemain-pemain Liverpool namun mereka juga bukanlah lawan yang lemah dari setiap sudut. Liverpool akan menentang Atletico Madrid pada perlawanan ketiga kelak dan ianya satu perla

Link Live Streaming : Porto vs Liverpool FC ( UCL )

Jangan gusar ada link live untuk perlawanan awal pagi esok.  https://www.techworldhub.com/por-vs-liv-match-info/ http://www.totalsportek.tv/# https://www.mobisports.live/2021/09/champions-league-porto-vs-liverpool.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/09/lfcpor/ https://www.sportstrack.in/2021/09/liv-vs-fcp-mtcnf.html?m=1 ADMIN Selamat menonton. YNWA. 

Jurgen Klopp Ambil Langkah Berjaga Jaga Untuk Elakkan "Kebocoran Informasi"

Beliau menjelaskan kesukaran untuk menjalani latihan di Portugal berikutan "kebocoran informasi". The Reds telah tiba di Portugal pada petang Isnin untuk berhadapan dengan Porto, perlawanan pertama di gelanggang lawan setelah membenam cabaran Milan 3 - 2 hampir dua minggu lepas.  Pengurus Liverpool itu mengakui bahawa mereka telah menyelesaikan isu di bahagian pertahana, namun persiapan terakhir mereka dibelenggu oleh masalah perjalanan ke venue.  Klopp mendedahkan bahawa akan berlaku kebocoran maklumat jika mereka menjalani latihan bersama pemainnya ketika di Boavista pada Selasa.  Menurut Klopp : "Secara jujur kami tidak mempunyai banyak masa". "Ahad adalah sesi pemulihan, Isnin sesi pemulihan + latihan, Selasa kami tidak dapat menjalani latihan kerana penduduk di Porto adalah Portugis"  "Meskipun kami menjalani latihan di Boavista atau di mana sahaja, akan ada informasi bocor selepas itu". "Jadi kami tidak boleh menjalani latihan secara t

Sergio Conceicao : "Liverpool Juga Mempunyai Kelemahan Sendiri".

Porto bersedia untuk mengejutkan The Reds dengan sebelum ini melepaskan 9 gol dalam dua pertemuan sebelumnya di Dragao. Bos Porto Sergio Conceicao mendedahkan mereka akan menyasarkan kepada kelemahan Liverpool dalam pertemuan kedua dua pasukan awal pagi esok.  Dalam dua pertemuan terakhir kedua dua pasukan pada 2018 dan 2019, Porto telah dibolosi 11 gol dengan Liverpool memenangi perlawanan di Dragao dengan 5 - 0 dan 4 - 1.  Dan Conceicao menegaskan meskipun pasukan Liverpool mengalami sedikit perubahan, beliau juga menegaskan skuadnya juga mengalami perubahan dalam masa beberapa musim kebelakangan ini.  "Jika kita lihat situasi Liverpool sejak 2019 mereka hanya kehilangan Dejan Lovren dan Gini Wijnaldum sahaja. Kami juga kehilangan khidmat pemain seperti Jesus Corono, Otavio dan Bruno Costa". "Pengalaman dan pasukan yang kekal sedia ada ini adalah penting untuk menghadapi kejohanan seperti ini". "Kami boleh menyenaraikan beberapa perbezaan teori, dengan bajet

Klopp Dedahkan 6 Kapten Liverpool - Hasil Undian Dari Pemain Sendiri.

Tiga lagi pemain disenaraikan dalam senarai kapten untuk pasukan Liverpool. Ianya perubahan dalam senarai jawatankuasa kecil pemain, dengan menyenaraikan 3 lagi pemain yang akan memakai lilitan tangan kapten pasukan. Pemain tersebut adalah Trent Alexander Arnold, Andy Robertson dan juga Alisson.  Musim lepas menyaksikan hanya 4 pemain yang disenaraikan sebagai kapten dalam "kepimpinan dalaman pasukan", dengan Jordan Henderson sebagai kapten, timbalan James Milner, Virgil Van Dijk dan Gini Wijnaldum.  Dengan Wijnaldum kini telah berhijrah ke PSG, Klopp menjelaskan mengapa beliau menyenaraikan lagi separuh dozen pemain selaku kapten pasukan.  "Kami telah menamakan Hendo, Milly dan VVD selaku kapten dan pemain lain mengundi untuk 3 lagi pemain". "Jadi ianya dimenangi Trent, Robbo dan Ali"  "Ianya perubahan yang dilakukan sejak tahun lepas di mana kami mengalami krisis kecederaan, dengan kami tidak memiliki sebarang pemain yang boleh dilantik sebagai kapt

Trent Alexander Arnold Tidak Bersama Skuad Liverpool Untuk Perlawanan UCL Di Porto

Beliau berkemungkinan besar juga bergelut untuk kembali cergas menjelang perlawanan menentang Man City hujung minggu ini. Namun beliau sebelum ini telah terlibat dengan skuad dalam menjalani latihan sebelum The Reds bertolak ke Portugal bagi menghadapi perlawanan kedua peringkat kumpulan UCL awal pagi esok.  Manakala Liverpool masih berdiam diri dengan kecergasan Trent Alexander Arnold.  Pemain itu dijangka diragui untuk diturunkan dalam perlawanan blockbuster dengan juaran bertahan Man City pada hujung minggu ini.  Namun Neco William yang sebelum ini mengalami kecederaan dilaporkan telah pulih dan bersama skuad ke Porto sebentar sahaja tadi. Liverpool juga mungkin menurunkan James Milner untuk perlawanan di Porto, dengan pemain veteran tersebut telah diturunkan di posisi itu ketika perlawanan menentang Crystal Palace.  Joe Gomez juga merupakan alternatif buat Klopp untuk mengisi slot di bek kanan. Ketika ini Liverpool telah kehilangan khidmat Harvey Elliot dan Thiago untuk perlawanan

Naby Keita Telah Kembali Menjalani Latihan Berpasukan Menjelang Pertemuan Ke Atas Porto

Ianya satu berita yang menggembirakan buat Jurgen Klopp menjelang perlawanan UCL awal pagi Rabu ini. Dan difahamkan Naby Keita telah mula menjalani latihan berpasukan dalam persiapan menentang Porto. Sebelum ini Keita tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Brentford setelah mengalami kecederaan ketika menentang Norwich dalam aksi Carabao Cup pertengahan minggu lepas.  Pemain antarabangsa Guinea itu dikeluarkan ketika separuh masa pertama di Carrow Road selepas tersepak tanah ketika mahu melakukan hantaran.  Jurgen Klopp sebelum ini yakin pemain itu tidak mengalami kecederaan serius dan Keita telah terlibat dalam sesi latihan dk Kirkby pada hari ini sebelum mereka bertolak ke Portugal lewat hari ini.  Manakala pemain lain seperti Thiago, Harvey Elliot dan Neco William masing masing mengalami kecederaan dan tersisih untuk perlawanan di Porto.  Liverpool kini menduduki takhta Kumpulan B setelah mencatat kemenangan ke atas AC Milan 3 - 2. Porto dan Atletico seri tanpa jaringan dalam p

Dejan Lovren Dedahkan Pertanyaan Mengenai CR7 Ketika "Berwhatsapps" Dengan Mo Salah

Mo Salah menjaringkan gol ke 100 beliau bersama Liverpool ketika seri 3 - 3 dengan Brentford. Bekas pemain Liverpool itu mengucapkan tahniah kepada rakan baiknya dengan hanya Alan Shearer, Harry Kane dan Sergio Aguero pernah mencecah jaringan itu dengan jumlah penampilan lebih sedikit berbanding Mo Salah. Salah ketika itu juga mempersia siakan peluang untuk Liverpool lebih selesa mendahului.  Liverpool terpaksa berkongsi mata bersama Brentford dan menidakkan peluang untuk menjarakkan mata dari pencabar lain, namun Klopp memuji persembahan pemain itu dengan mencapai penanda aras baru di Liverpool selama 4 musim. Dan Lovren juga turut mengucapkan tahniah buat rakan baiknya, sekaligus memuatnaik imbasan pada IG Story yang tertera nama Cristiano Ronaldo yang kini kembali ke Man United musim ini. Bukan lagi satu rahsia bahawa Dejan Lovren dan Mo Salah merupakan kawan baik ketika di Liverpool sebelum Lovren berpindah ke Zenit.  Ketika mendedahkan perasaannya ketika meninggalkan Anfield dan m

Virgil Van Dijk Bergelut Dengan Prestasi Di Brentford - Mempengaruhi Barisan Pertahanan Lain

Ia mungkin menjadi perlawanan yang sukar dilupai oleh pemain pertahanan antarabangsa Netherland itu. Jika beliau sebelum ini telah diberi peluang untuk mengembalikan prestasi sebenar beliau setelah tersisih lama berikutan kecederaan, Sabtu lalu telah memberi gambaran "kejutan" untuk sistem pertahanan Liverpool. Virgil tidak selalu gagal oleh tekanan dan kali ini beliau kehilangan tempo permainannya sendiri.  Brentford yang diterajui penyerang utamanya Ivan Toney telah memberikan tekanan dan berjaya mengeluarkan pemain itu dari zon selesanya. Gaya kepimpinan beliau juga gagal membantu, begitu juga sistem pertahanan Liverpool yang dibolosi lebih banyak gol daripada 90 minit permainan mereka sejak 7 perlawanan lepas.  Ianya tidak dijangka telah mengaktifkan peringatan dengan Liverpool gagal untuk menjarakkan 3 mata dari pencabar terdekat setelah berpeluang melakukannya dengan dua kali mendahului tuan rumah sebelum seri 3 - 3. Sudah semestinya juga Liverpool membuang banyak pelua

Jurgen Klopp Memuji Persembahan Matang Curtis Jones - Namun Harus Mengekalkan Konsistensinya

Beliau melakukan penampilan keduanya bersama Liverpool dan meledakkan satu gol ketika The Reds seri 3 - 3 ke atas Brentford. Jones hanya akan mencapai umur 21 tahun pada Januari hadapan, namun kini dianggap antara pemain penting di dalam skuad utama Liverpool. Beliau memulakan musim ini dengan bermain selama 87 minit ketika menentang Norwich City dalam Carabao Cup, namun awal pagi tadi turut diberikan peluang untuk beraksi kali kedua di dalam skuad utama Liverpool.  Dengan Thiago, Naby Keita dan Harvey Elliot kini tersisih akibat kecederaan, Klopp dijangka lebih memilih Jones untuk diletakkan di tengah berbanding James Milner yang dianggap sebagai back up buat Fabinho dan Hendo buat masa sekarang. Dan selepas Jones menjaringkan gol luar petak bagi memberikan Liverpool kelebihan buat sementara di Brentford, Klopp menggesa Jones selepas ini untuk mengekalkan konsistensi prestasinya. " Jones adalah pemain yang bagus. Bakat muda namun mempunyai pakej yang menarik". "Beliau t

Analisis Bos LMREDS : Sloppy Defensive Untuk Sekian Lamanya Ketika Brentford vs Liverpool

Liverpool terdedah dengan serangan di pelbagai posisi hingga 3 gol dibolosi. PEMBUKA CERITA - CARABAO CUP Liverpool menewaskan Norwich dengan begitu bergaya resultnya dalam perlawanan Carabao Cup walaupun melakukan 6 pertukaran serta prestasi slightly above par. Minamino (score in 6 away game) dan Origi (9th player untuk jaringkan 10 gol above dalam Carabao Cup) menjadi dalam perlawanan itu sedikit sebanyak membuka 'mata' ramai pihak bahawa Liverpool masih mempunyai '2nd team' yang boleh lawan dengan EPL team jika benar percaturannya. Kegembiraan itu memberi satu nafas yang segar apabila melihat Conor Bradley (18 tahun) dan Gordon (16 tahun - 5th youngest player debut) bermain dalam kesebelasan utama. Kemudiannya masuk pula Morton menggantikan Keita yang 'tersepak tanah' menjadikan Klopp secara keseluruhannya memberi debut 100 pemain sejak memegang jawatan sebagai pengurus Liverpool. Liverpool akan bertarung dengan Preston pada 28 Okt 2021 nanti. SEBELUM SEPAK M

Liverpool Mendahului Liga Walaupun Berkongsi Mata Dengan Brentford

  Liverpool merampas semula kedudukan teratas liga setelah seri dengan Brentford di tempat lawan.  Perlawanan yang agak menarik ditonjolkan kedua-dua pemain namun satu mata berharga berjaya dikutip oleh Liverpool dan meletakkan pasukan kendalian Jurgen Klopp di puncak liga ketika ini.  Gol yang dijaringkan oleh Diogo Jota, Mohamed Salah dan rembatan kencang luar kotak Curtis Jones meletakkan Liverpool dikedudukan terbaik untuk memenangi perlawanan tersebut yang keputusan semasa 3-2 hasil jaringan pemain tuan rumah Elvin Pinnock dan Vitaly Janelt. Namun, pada minit ke-82 Yoane Wissa kembali menyamakan kedudukan 3-3 dan Liverpool selepas itu berusaha mencari gol kemenangan namun beberapa percubaan gagal membuahkan hasil walaupun terdapat peluang keemasan untuk memenangi perlawanan tersebut.  Pertahanan kali ini tidak berada dalam prestasi yang baik seperti sebelum ini dan barisan serangan Brentford cukup membeli masalah kepada Van Dijk dan Matip. Mungkin sekiranya memasukkan Joe Gomez at

Link Live Streaming : Brentford vs Liverpool FC

Beberapa link live telah diperolehi untuk perlawanan pada jam 12.30 tengah malam ini.  https://www.sportstrack.in/2021/09/liv-vs-brn-.html https://streamsport.in/2021/09/brentford-vs-liverpool-live-channel-and-info/ https://www.techworldhub.com/bre-vs-liv-match-info/ https://www.goforsports.net/2021/09/lfcbre/ https://www.mobisports.live/2021/09/premier-league-brentford-vs-liverpool.html?m=1 ADMIN Selamat menonton. YNWA. 

Jurgen Klopp : "Berhati Hati Dengan Kelibat Ivan Toney"

Kedua dua pasukan ini mempamerkan prestasi yang baik sejak awal musim dan Klopp melaungkan amaran buat pemain pertahanan mengenai kelibat penyerang utama pasukan tersebut. Liverpool belum lagi tewas pada musim ini, dan seolah olah memberi gambaran sebagai pasukan pencabar kejuaraan sejak 2019 2020 berbanding kesukaran yang mereka lalui pada musim lepas.  Jurgen Klopp setakat ini telah mengembalikan status Anfield sebagai kubu kuat pasukan, dengan corak permainan berintensiti tinggi menyukarkan mana mana lawan untuk bermain dengan baik di sana.  Selepas berjaya mara ke peringkat seterusnya dalam aksi Carabao Cup dengan menewaskan Norwich City 3 - 0, tumpuan Liverpool beralih pula untuk mengunjungi Brentford untuk aksi liga seterusnya.  Kelab di barat London itu akhirnya mengakhiri penantian mereka untuk menyertai EPL, dengan corak permainan pressing, tidak takut dengan lawan dan permainan berdasarkan data analisis.  Dua perlawanan terakhir The Bee menyaksikan mereka menewaskan Wolves, d

OGS Dakwa Komen Jurgen Klopp Mempengaruhi Pengadil Untuk Tidak Memberikan Penalti Kepada Man United

Sebelum ini Klopp pernah mempersoalkan jumlah sepakan penalti yang diperolehi Man United pada musim lepas. Pengurus Man United Ole Gunnar Solkjaer mendakwa Jurgen Klopp telah mempengaruhi pengadil untuk tidak memberikan sepakan penalti kepada Man United musim ini. Beliau juga berpendapat Cristiano Ronaldo wajar diberikan 3 sepakan penalti ketika Man United membenam West Ham United 2 - 1 minggu lepas.  Kesemua dakwaan penalti itu tidak dilayan oleh pengadil perlawanan Martin Atkinson, selain dari VAR dengan Solkjaer mengalihkan tumpuannya kepada Liverpool ketika ini.  Sebelum ini Klopp mendakwa Man United telah mendapat sepakan penalti lebih banyak di bawah Ole Gunnar Solkjaer musim lepas berbanding yang beliau perolehi sejak menjadi pengurus Liverpool.  Dan Solksjaer mendakwa komen Klopp itu telah mempengaruhi keputusan pengadil, yang sukar mendapatkan sepakan penalti sejak itu. "Kami hanya berharap sesuatu yang kami wajar dapat. Kami seharusnya mendapatkan 3 sepakan penalti dari

Jurgen Klopp : "Taki Adalah Pemain Yang Berbeza Selepas Kembali Dari Southampton"

Beliau percaya Liverpool kini sedang menikmati hasilnya selepas dipinjamkan ke Southampton pada Januari lepas.  Minamino sebelum ini tidak dijangka akan dipinjamkan ke Southampton dalam musim penuh pertamanya di Liverpool hinggalah hari terakhir pintu perpindahan pada Januari 2021.  Persetujuan itu termeterai secara tiba tiba apabila Southampton ketika itu mengemukakan pertanyaan untuk Neco William, dengan Liverpool menolak untuk khidmat pemain muda itu namun menawarkan khidmat untuk pemain antarabangsa Jepun tersebut.  Minamino ketika itu sukar mendapatkan tempat dalam pasukan, dengan Klopp ketika itu lebih memilih Origi kerana ketinggian yang beliau miliki ketika situasi set pieces.  Dengan musim ini menyaksikan Liverpool kembali diperkuatkan dengan kehadiran semula Joe Gomez, Joel Matip, Virgil Van Dijk dengan menyaksikan Taki menjaringkan gol semula buat Liverpool ketika membenam cabaran Norwich dalam aksi Carabao Cup.  Bercakap menerusi sidang media, Klopp mendedahkan bagaimana si

Jurgen Klopp Sahkan Thiago Dan Keita Bakal Tersisih Hingga Cuti Perlawanan Antarabangsa Oktober

Kedua dua pemain ini dikeluarkan ketika perlawanan menentang Crystal Palace dan Norwich City.  Dan sudah semestinya mereka berdua tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang Brentford pada tengahmalam Ahad, serta perlawanan menentang Man City pada awal Oktober.  Menerusi sidang media pra perlawanan Brentford, Klopp berkata :  " Tidak jelas bila Thiago 100% akan kembali. Kecederaannya melibatkan otot pada betis". "Berkemungkinan selepas perlawanan antarabangsa. Tiada yang jelas buat masa sekarang. Kami harus menilai lagi". "Tiada yang benar benar serius namun cukup untuk menyisihkan Naby Keita untuk perlawanan seterusnya. Mungkin lebih lama". "Tidak serius namun cukup menyakitkan dan kami harus lihat bagaimana situasinya lagi selepas ini". "Ianya bukan mudah untuk menyaksikan pemain berlatih dalam pramusim dengan baik, bermain dengan baik dan mereka mengalami kecederaan". "Ianya berlaku dalam setiap musim. Diharap selepas merek

Bagaimana Peranan Kostas Tsimikas Berubah Di Bawah Kendalian Jurgen Klopp Musim Ini

Beliau telah diturunkan dalam perlawanan penuh sejak permulaan musim ini dan telah menunjukkan peningkatan mendadak. Krisis kecederaan pemain musim letak telah meletakkan beban yang tinggi terhadap beberapa pemain utama, dan antara pemain yang terkesan adalah Andy Robertson.  Dengan majoriti pemain pertahanan Liverpool yang mengalami kecederaan musim lepas, Jurgen Klopp sukar untuk menggilirkan pemain tanpa merisikokan posisi yang terjejas pada musim lepas.  Kesan yang sama dirasai oleh Andy Robertson yang terpaksa bermain sebanyak 3,652 minit masa perlawanan dan telah melakukan 38 penampilan penuh dalam perlawanan liga Liverpool.  Hanya 5 pemain yang melakukan penampilan penuh dalam liga lebih dari beliau, namun beliau terpaksa diturunkan dalam perlawanan UCL juga pada musim lepas tanpa penggiliran.  The Reds sudah pasti membawa masuk Kostas Tsimikas sebagai back up kepada Andy Robertson, namun ianya sangat berisiko untuk menurunkan pemain yang jarang diuji dalam perlawanan perlawanan

Premier League Cadangkan Tarikh EPL Berlangsung Sempena Piala Dunia "Pertengahan Musim" Di Qatar

Musim EPL akan ditangguhkan selama 6 minggu bagi memberi laluan untuk kejohanan tersebut.  Dan musim 2022 2023 akan bermula pada awal Ogos, dihentikan pada awal November dan akan bersambung semula pada Boxing Day.  Manakala EPL akan berakhir pada akhir Mei, dan perlawanan akhir Piala FA akan berlangsung pada bulan Jun. Sementara itu perlawanan peringkat kumpulan UCL akan bermula lebih awal, dengan perlawanan akhir peringkat kumpulan akan berakhir pada 01 dan 02 November, dengan perlawanan akhir akan berlangsung buat kali kedua dalam bulan Jun.  Buat Liverpool, cuti rehat untuk kejohanan antarabangsa ini juga memberikan mereka fokus untuk menaiktaraf Anfield Road Stand pada waktu itu.  Proses naiktaraf untuk tempat duduk itu akan bermula pada bulan ini dan dijangka akan berterusan hingga musim panas 2023. Kawasan pembinaan itu akan ditutup ketika matchday dan cuti rehat ini memberikan masa untuk meneruskan kerja tanpa gangguan selama 6 minggu.  Berikut adalah cadangan tarikh untuk EPL d