Skip to main content

Jurgen Klopp Memuji Persembahan Matang Curtis Jones - Namun Harus Mengekalkan Konsistensinya

Beliau melakukan penampilan keduanya bersama Liverpool dan meledakkan satu gol ketika The Reds seri 3 - 3 ke atas Brentford.


Jones hanya akan mencapai umur 21 tahun pada Januari hadapan, namun kini dianggap antara pemain penting di dalam skuad utama Liverpool.

Beliau memulakan musim ini dengan bermain selama 87 minit ketika menentang Norwich City dalam Carabao Cup, namun awal pagi tadi turut diberikan peluang untuk beraksi kali kedua di dalam skuad utama Liverpool. 

Dengan Thiago, Naby Keita dan Harvey Elliot kini tersisih akibat kecederaan, Klopp dijangka lebih memilih Jones untuk diletakkan di tengah berbanding James Milner yang dianggap sebagai back up buat Fabinho dan Hendo buat masa sekarang.

Dan selepas Jones menjaringkan gol luar petak bagi memberikan Liverpool kelebihan buat sementara di Brentford, Klopp menggesa Jones selepas ini untuk mengekalkan konsistensi prestasinya.

"Jones adalah pemain yang bagus. Bakat muda namun mempunyai pakej yang menarik".

"Beliau telah mempamerkan prestasi baiknya hari ini. Saya fikir beliau telah bermain dengan baik. Beliau banyak memenangi bola di separuh masa pertama dan berada dalam situasi yang amat bagus".

"Beliau terlibat dalam semua perkara di atas padang. Berada di posisi yang betul dan sangat bagus berada di dua garisan pertahanan".

"Namun itulah bolasepak dan beliau masih muda".

"Konsistensi beliau merupakan sedikit isu. Namun beliau kini berada di tahap terbaik".

"Saya berpendapat beliau telah cukup matang untuk mengekalkan konsistensi di masa hadapan".

Namun selepas Jones menjaringkan gol, beliau dibawa keluar sejurus selepas itu dan tidak dapat meneruskan momentum prestasi baiknya pada perlawanan itu. 

Klopp menegaskan bahawa beliau masih melakukan tindakan tepat untuk membawa masuk Firmino dan mengubah formai kepada 4 2 3 1. 

"Ketika kami membawa masuk Firmino, kedudukan masih 2 - 2".

"Namun situasinya amat jelas. Corak permainan lawan adalah sebab mengapa kami tidak memerlukan pemain tengah ketiga. Kami mahu bermain dengan corak lebih menyerang kerana lawan ketika itu bermain hantaran jauh".

"Jadi kami perlukan struktur yang jelas, kami mahukan pemain yang boleh mendapatkan bola di bahagian pertahanan. Ianya bagus dapat memiliki seorang lagi pemain di antaa garisan pertahanan mereka".

"Pertukaran struktur yang akhirnya memberikan mereka gol adalah sesuatu yang perlu saya fikirkan lagi".

"Saya beranggapan ianya sesuatu perkara yang tepat".

ADMIN

Curtis Jones masih boleh meningkat lagi. Dan gol beliau amat bagus. YNWA.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football