Skip to main content

Klopp Dedahkan 6 Kapten Liverpool - Hasil Undian Dari Pemain Sendiri.

Tiga lagi pemain disenaraikan dalam senarai kapten untuk pasukan Liverpool.


Ianya perubahan dalam senarai jawatankuasa kecil pemain, dengan menyenaraikan 3 lagi pemain yang akan memakai lilitan tangan kapten pasukan.

Pemain tersebut adalah Trent Alexander Arnold, Andy Robertson dan juga Alisson. 

Musim lepas menyaksikan hanya 4 pemain yang disenaraikan sebagai kapten dalam "kepimpinan dalaman pasukan", dengan Jordan Henderson sebagai kapten, timbalan James Milner, Virgil Van Dijk dan Gini Wijnaldum. 

Dengan Wijnaldum kini telah berhijrah ke PSG, Klopp menjelaskan mengapa beliau menyenaraikan lagi separuh dozen pemain selaku kapten pasukan. 

"Kami telah menamakan Hendo, Milly dan VVD selaku kapten dan pemain lain mengundi untuk 3 lagi pemain".

"Jadi ianya dimenangi Trent, Robbo dan Ali" 

"Ianya perubahan yang dilakukan sejak tahun lepas di mana kami mengalami krisis kecederaan, dengan kami tidak memiliki sebarang pemain yang boleh dilantik sebagai kapten dalam perlawanan tertentu".

"Jadi itu sebabnya saya menambah kapten dari tiga pemain kepada enam pemain".

Liverpool telah pun berlepas ke Porto untuk berhadapan dengan kelab gergasi Portugal itu dalam UCL, pertemuan kelima antara kedua dua kelab sejak 2018. 

Diogo Jota turut tersenarai bersama skuad Liverpool dan berkemungkinan akan diturunkan menentang bekas kelabnya dan berada dalam prestasi terbaik setelah menjaringkan gol ke atas Brentford. 

Setahun yang lepas juga Liverpool mendapatkan Jota dari Wolves dengan nilai £43 juta dengan Klopp mengimbau semula bagaimana pemain itu amat sesuai dengan corak permainan Liverpool terutama di bahagian serangan.

"Beliau pemain yang bagus dan kami gembira beliau menyertai kami".

"Beliau mempunyai personaliti yang baik dan anda sebenarnya tidak tahu mengenai itu sebelum bertemu dengannya. Sangat matang pada umurnya dan seronok bekerja bersama beliau".

"Kami sentiasa berbincang dari semasa ke semasa, bukan perkara mudah untuk meningkatkan prestasi namun Jota sentiass melakukannya".

"Beliau menjaringkan gol yang penting dan pemain yang sesuai dengan kami, berteknikal tinggi, pantas, sangat bagus di udara, kawalan bola yang bagus dan pemain berpakej menarik".

"Saya amat gembira mengenai itu dan setelah perpindahan itu direalisasikan, beliau banyak membantu kami".

"Musim pertama bersama kami tidaklah sempurna selepas beliau mengalami kecederaan ketika menentang Midtyjlland, namun apabila beliau cergas beliau sentiasa membantu pasukan".

ADMIN

Jota akan kembali menentang bekas kelabnya, dengan pilihan kapten yang ramai selepas ini. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan