Ia mungkin menjadi perlawanan yang sukar dilupai oleh pemain pertahanan antarabangsa Netherland itu.
Jika beliau sebelum ini telah diberi peluang untuk mengembalikan prestasi sebenar beliau setelah tersisih lama berikutan kecederaan, Sabtu lalu telah memberi gambaran "kejutan" untuk sistem pertahanan Liverpool.
Virgil tidak selalu gagal oleh tekanan dan kali ini beliau kehilangan tempo permainannya sendiri.
Brentford yang diterajui penyerang utamanya Ivan Toney telah memberikan tekanan dan berjaya mengeluarkan pemain itu dari zon selesanya.
Gaya kepimpinan beliau juga gagal membantu, begitu juga sistem pertahanan Liverpool yang dibolosi lebih banyak gol daripada 90 minit permainan mereka sejak 7 perlawanan lepas.
Ianya tidak dijangka telah mengaktifkan peringatan dengan Liverpool gagal untuk menjarakkan 3 mata dari pencabar terdekat setelah berpeluang melakukannya dengan dua kali mendahului tuan rumah sebelum seri 3 - 3.
Sudah semestinya juga Liverpool membuang banyak peluang di hadapan gol sebelum Yoane Wissa menjaringkan gol penyamaan dengan perlawanan berbaki 8 minit sebelum tamat.
Penyebab kegagalan utama adalah di barisan pertahanan. Mungkin mereka mampu bertahan jika adanya bantuan dari barisan tengah - dengan TAA terdedah dengan dua serangan yang menghasilkan gol lawan.
Ianya seolah olah memberi gambaran dengan ketidaktentuan barisan pertahanan ketika Klopp awal awal menjadi pengurus Liverpool dahulu.
Andy Robertson dilihat tidak menyakinkan ketika bertahan. Joel Matip, yang melakukan 100 penampilan untuk kelab hanya bermain di tahap sederhana - terbaik ketika mengeluarkan bola di hadapan gol hasil kuisan Bryan Mbuemo.
Sebelum perlawanan, Klopp sudahpun memberi peringatan kepada barisan pemainnya mengenai kekuatan Brentford.
"Kami harus bersedia untuk berjuang berhabis habisan untuk perlawanan ini. Jika hanya berjuang sebanyak 90%, maka kita hanya membuang masa bermain di sana".
Namun begitu perubahan di mana Liverpool lakukan ketika mereka sukar bermain dengan baik dalam separuh masa pertama, gagal dilakukan dengan sistem pertahanan juga tidak bermain dengan baik pada separuh masa kedua.
Virgil menekan dan mengawal Toney pada masa kecederaan, memastikan kedua dua pasukan berkongsi mata dan mempamerkan apa yang sepatutnya dilakukan namun kerosakan yang terjadi sukar diperbaiki lagi.
Man City akan memberikan cabaran yang berbeza minggu hadapan. Ini membayangkan bahawa ancaman dari pasukan EPL datang dari bentuk dan prestasi berbeza.
Kredit kepada Brentford.
ADMIN
Brentford dedahkan kelemahan Liverpool terutama di bahagian pertahanan. Dua perlawanan seterusnya adalah sangat crucial. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment