Skip to main content

Trent Alexander Arnold Tidak Bersama Skuad Liverpool Untuk Perlawanan UCL Di Porto

Beliau berkemungkinan besar juga bergelut untuk kembali cergas menjelang perlawanan menentang Man City hujung minggu ini.


Namun beliau sebelum ini telah terlibat dengan skuad dalam menjalani latihan sebelum The Reds bertolak ke Portugal bagi menghadapi perlawanan kedua peringkat kumpulan UCL awal pagi esok. 

Manakala Liverpool masih berdiam diri dengan kecergasan Trent Alexander Arnold. 

Pemain itu dijangka diragui untuk diturunkan dalam perlawanan blockbuster dengan juaran bertahan Man City pada hujung minggu ini. 

Namun Neco William yang sebelum ini mengalami kecederaan dilaporkan telah pulih dan bersama skuad ke Porto sebentar sahaja tadi.

Liverpool juga mungkin menurunkan James Milner untuk perlawanan di Porto, dengan pemain veteran tersebut telah diturunkan di posisi itu ketika perlawanan menentang Crystal Palace. 

Joe Gomez juga merupakan alternatif buat Klopp untuk mengisi slot di bek kanan.

Ketika ini Liverpool telah kehilangan khidmat Harvey Elliot dan Thiago untuk perlawanan ini, namun mendapat kembali khidmat Naby Keita yang telah pulih sepenuhnya setelah terlepas perlawanan menentang Brentford.

Liverpool berada di tangga teratas kumpulan B UCL setelah menewaskan Milan 3 - 2. Manakala Porto sebelum ini seri tanpa jaringan dengan Atletico.

ADMIN

Injury? Tidak dipastikan buat masa sekarang.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football