Sebelum ini Klopp pernah mempersoalkan jumlah sepakan penalti yang diperolehi Man United pada musim lepas.
Pengurus Man United Ole Gunnar Solkjaer mendakwa Jurgen Klopp telah mempengaruhi pengadil untuk tidak memberikan sepakan penalti kepada Man United musim ini.
Beliau juga berpendapat Cristiano Ronaldo wajar diberikan 3 sepakan penalti ketika Man United membenam West Ham United 2 - 1 minggu lepas.
Kesemua dakwaan penalti itu tidak dilayan oleh pengadil perlawanan Martin Atkinson, selain dari VAR dengan Solkjaer mengalihkan tumpuannya kepada Liverpool ketika ini.
Sebelum ini Klopp mendakwa Man United telah mendapat sepakan penalti lebih banyak di bawah Ole Gunnar Solkjaer musim lepas berbanding yang beliau perolehi sejak menjadi pengurus Liverpool.
Dan Solksjaer mendakwa komen Klopp itu telah mempengaruhi keputusan pengadil, yang sukar mendapatkan sepakan penalti sejak itu.
"Kami hanya berharap sesuatu yang kami wajar dapat. Kami seharusnya mendapatkan 3 sepakan penalti dari dua perlawanan terakhir".
"Terdapat sebahagian pengurus yang amat risau dengan sepakan penalti yang kami perolehi dan selepas itu kami sukar mendapatkannya".
"Terdapat perbezaan jelas mengenai itu. Jadi saya hanya membiarkan pengadil membuat keputusan mengenai perkara itu".
ADMIN
Liverpool ada Salah, dan sentiasa salah di mata Man United.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment