Porto bersedia untuk mengejutkan The Reds dengan sebelum ini melepaskan 9 gol dalam dua pertemuan sebelumnya di Dragao.
Bos Porto Sergio Conceicao mendedahkan mereka akan menyasarkan kepada kelemahan Liverpool dalam pertemuan kedua dua pasukan awal pagi esok.
Dalam dua pertemuan terakhir kedua dua pasukan pada 2018 dan 2019, Porto telah dibolosi 11 gol dengan Liverpool memenangi perlawanan di Dragao dengan 5 - 0 dan 4 - 1.
Dan Conceicao menegaskan meskipun pasukan Liverpool mengalami sedikit perubahan, beliau juga menegaskan skuadnya juga mengalami perubahan dalam masa beberapa musim kebelakangan ini.
"Jika kita lihat situasi Liverpool sejak 2019 mereka hanya kehilangan Dejan Lovren dan Gini Wijnaldum sahaja. Kami juga kehilangan khidmat pemain seperti Jesus Corono, Otavio dan Bruno Costa".
"Pengalaman dan pasukan yang kekal sedia ada ini adalah penting untuk menghadapi kejohanan seperti ini".
"Kami boleh menyenaraikan beberapa perbezaan teori, dengan bajet kami adalah 20 hingga 30 perbezaan dengan Liverpool namun itu bukanlah menjadi perbezaan ketara".
"Apa yang penting adalah persiapan untuk perlawanan ini, strategi yang kami lakukan dan bagaimana kami mahu merancang untuk menghadapi mereka".
"Kami juga mahu bersikap kompetitif seperti Liverpool, lawan bagi saya yang dianggap antara pasukan terbaik di dunia tetapi saya tidak terlalu teruja dengan nilai Liverpool".
"Ianya terpulang kepada kami untuk menghalang kekuatan mereka dan mendedahkan kelemahan mereka, kerana kelemahan itu sememangnya wujud".
ADMIN
Dalam perlawanan menentang Brentford, kelemahan sudah didedahkan. Harap ianya diselesaikan. YNWA.
Sumber : Daily Mail
Comments
Post a Comment