Skip to main content

Dejan Lovren Dedahkan Pertanyaan Mengenai CR7 Ketika "Berwhatsapps" Dengan Mo Salah

Mo Salah menjaringkan gol ke 100 beliau bersama Liverpool ketika seri 3 - 3 dengan Brentford.


Bekas pemain Liverpool itu mengucapkan tahniah kepada rakan baiknya dengan hanya Alan Shearer, Harry Kane dan Sergio Aguero pernah mencecah jaringan itu dengan jumlah penampilan lebih sedikit berbanding Mo Salah.

Salah ketika itu juga mempersia siakan peluang untuk Liverpool lebih selesa mendahului. 

Liverpool terpaksa berkongsi mata bersama Brentford dan menidakkan peluang untuk menjarakkan mata dari pencabar lain, namun Klopp memuji persembahan pemain itu dengan mencapai penanda aras baru di Liverpool selama 4 musim.

Dan Lovren juga turut mengucapkan tahniah buat rakan baiknya, sekaligus memuatnaik imbasan pada IG Story yang tertera nama Cristiano Ronaldo yang kini kembali ke Man United musim ini.


Bukan lagi satu rahsia bahawa Dejan Lovren dan Mo Salah merupakan kawan baik ketika di Liverpool sebelum Lovren berpindah ke Zenit. 

Ketika mendedahkan perasaannya ketika meninggalkan Anfield dan meninggalkan kawan baiknya Mo Salah di Anfield, beliau berkata :

"Ianya sukar kerana kehidupan saya di sana dengan 3 anak yang masih bersekolah".

"Saya dan isteri mempunyai jadual tersendiri. Lebih lebih lagi jika anda mempunyai rakan baik seperti Mo Salah, sudah pasti kecewa kerana saya akan berpindah".

"Namun anda harus faham ianya sebahagian dari bolasepak. Dalam bolasepak anda akan sentiasa berubah ubah kelab. Saya berpindah dengan agak pantas kerana saya mahu terus fokus terhadap karier saya bersama Zenit".

ADMIN

Sudah jelas musim ini mungkin pertembungan antara Salah dan CR7? Who knows.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football