Skip to main content

Liverpool Membelasah Porto Untuk Kekal Memimpin Kumpulan B

 


Liverpool kekal menerajui kedudukan teratas kumpulan B setelah membelasah Porto dengan lima gol.

Dua gol yang dijaringkan oleh Mohamed Salah, Roberto Firmino dan 1 gol dari Sadio Mane sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada Liverpool. Satu gol sagu hati dijaringkan oleh Mehdi Teremi yang menanduk masuk bola hantaran Fabio Vieira. 

Liverpool mendominasi dari awal perlawanan dan persembahan Curtis Jones yang menarik mengemudi bahagian tengah Liverpool hari ini telah menyumbangkan dua bantuan gol untuk Salah dan Firmino. 

Walaupun ketiadaan Keita kerana kecederaan namun Jones yang menggantikannya bermain sangat cemerlang untuk perlawanan ini. 

Liverpool bermain sangat baik kali ini dari setiap aspek. Porto bukanlah lawan yang sebenar kerana perbezaan dari segi kualiti yang dimiliki pasukan tersebut dengan pemain-pemain Liverpool namun mereka juga bukanlah lawan yang lemah dari setiap sudut.

Liverpool akan menentang Atletico Madrid pada perlawanan ketiga kelak dan ianya satu perlawanan yang sangat menarik dimana kedua-dua pasukan pernah bertembung. 

Atletico berjaya menyingkirkan Liverpool pada peringkat suku akhir musim lalu dimana ketiadaan pertahanan utama cukup memberi masalah kepada Liverpool.

Kini mungkin skrip akan berbeza dengan kembalinya Van Dijk, Matip, Gomez dan pemain baru Konate yang kembali memperkuat bahagian pertahanan Liverpool. 

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football