Skip to main content

Jurgen Klopp : "Taki Adalah Pemain Yang Berbeza Selepas Kembali Dari Southampton"

Beliau percaya Liverpool kini sedang menikmati hasilnya selepas dipinjamkan ke Southampton pada Januari lepas. 


Minamino sebelum ini tidak dijangka akan dipinjamkan ke Southampton dalam musim penuh pertamanya di Liverpool hinggalah hari terakhir pintu perpindahan pada Januari 2021. 

Persetujuan itu termeterai secara tiba tiba apabila Southampton ketika itu mengemukakan pertanyaan untuk Neco William, dengan Liverpool menolak untuk khidmat pemain muda itu namun menawarkan khidmat untuk pemain antarabangsa Jepun tersebut. 

Minamino ketika itu sukar mendapatkan tempat dalam pasukan, dengan Klopp ketika itu lebih memilih Origi kerana ketinggian yang beliau miliki ketika situasi set pieces. 

Dengan musim ini menyaksikan Liverpool kembali diperkuatkan dengan kehadiran semula Joe Gomez, Joel Matip, Virgil Van Dijk dengan menyaksikan Taki menjaringkan gol semula buat Liverpool ketika membenam cabaran Norwich dalam aksi Carabao Cup. 

Bercakap menerusi sidang media, Klopp mendedahkan bagaimana situasinya di Southampton membantu beliau untuk mengatasi masa sukarnya di Liverpool. 

"Taki mempunyai bakat yang agak luar biasa".

"Beliau tiba dari Asia, beliau bermain untuk Salzburg dan kemudiannya ke Liverpool - di mana kelab ini merupakan fasa paling sukar untuk beliau di mana ianya tidak semudah yang disangka".

"Beliau hadir di sini tanpa kehadiran penonton, dengan situasi amat sukar di sini ketika itu".

"Dan beliau cuba untuk menyesuaikan diri dalam EPL. Situasi beliau di Southampton banyak membantu beliau. Beliau adalah pemain yang berbeza setelah kembali ke sini".

"Anda dapat lihat sendiri penyudah beliau yang lebih tajam, bagaimana beliau membantu dalam permainan dan berada di posisi yang tepat dalam permainan".

"Beliau berada dalam pakej yang berbeza, dan ianya banyak membantu".

ADMIN

Yeap, Taki nampak lebih agresif ketika menyerang dan bertahan. Dan berharap dapat diturunkan dengan lebih kerap lagi. YNWA. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football