Skip to main content

Jurgen Klopp Dedahkan Bagaimana TAA Mengalami Kecederaan Pangkal Paha Ketika Latihan

Pemain itu dijangka akan tersisih sehingga selepas cuti perlawanan antarabangsa.


Trent merasai kecederaan yang berlaku pada pangkal paha ketika sesi latihan pada Isnin di Kirkby dan beliau tidak turut serta dalam skuad ke Portugal dengan The Reds membelasah tuan rumah 5 - 1 awal pagi tadi.

Ini bermakna beliau juga bakal terlepas perlawanan menentang Man City pada hujung minggu ini dengan James Milner bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan beliau. 

Jurgen Klopp juga menyatakan keputusan untuk mengugurkan pemain itu dari mewakili England bukanlah kuasa beliau tetapi percaya pasukan kebangsaan itu akan bermain tanpa beliau dalam perlawanan menentang Andorra dan Hungary. 

Menurut Klopp :

"Trent sepatutnya bermain pada Sabtu dan Selasa".

"Jadi beliau ketika hari Ahad tidak terlibat dalam sesi latihan, hanya pemulihan sahaja".

"Pada hari Isnin, satu satunya sesi latihan kami bersama kami menjalani latihan seperti biasa" 

"Ketika latihan kami berbincang dan mendedahkan kekuatan lawan".

"Tiada sesi latihan bertekanan tinggi ketika itu, namun di pertengahan latihan Trent merasa sedikit kesakitan di bahagian pangkal paha".

"Beliau mengalami sedikit kecederaan. Jika anda merasai kesakitan di bahagian itu sudah pasti Ahad ini anda tidak akan bermain".

"Tiada kecederaan otot yang pulih sebegitu cepat".

"Selepas itu adalah perlawanan antarabangsa dan saya bukanlah orang yang membuat keputusan terhadap beliau tetapi saya tidak fikir beliau akan dapat turut serta".

"Kami berharap beliau bersedia untuk kembali namun kami tidak pasti bila beliau akan kembali".

ADMIN

Mungkin selepas cuti perlawanan antarabangsa, atau lebih daripada itu. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football