Kedua dua pemain ini dikeluarkan ketika perlawanan menentang Crystal Palace dan Norwich City.
Dan sudah semestinya mereka berdua tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang Brentford pada tengahmalam Ahad, serta perlawanan menentang Man City pada awal Oktober.
Menerusi sidang media pra perlawanan Brentford, Klopp berkata :
"Tidak jelas bila Thiago 100% akan kembali. Kecederaannya melibatkan otot pada betis".
"Berkemungkinan selepas perlawanan antarabangsa. Tiada yang jelas buat masa sekarang. Kami harus menilai lagi".
"Tiada yang benar benar serius namun cukup untuk menyisihkan Naby Keita untuk perlawanan seterusnya. Mungkin lebih lama".
"Tidak serius namun cukup menyakitkan dan kami harus lihat bagaimana situasinya lagi selepas ini".
"Ianya bukan mudah untuk menyaksikan pemain berlatih dalam pramusim dengan baik, bermain dengan baik dan mereka mengalami kecederaan".
"Ianya berlaku dalam setiap musim. Diharap selepas mereka kembali, mereka akan dapat bermain sepenuhnya musim ini".
ADMIN
Dengan ini hanya Fabinho, Oxlade, Hendo, James Milner dan Curtis Jones yang tinggal.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment