Musim EPL akan ditangguhkan selama 6 minggu bagi memberi laluan untuk kejohanan tersebut.
Dan musim 2022 2023 akan bermula pada awal Ogos, dihentikan pada awal November dan akan bersambung semula pada Boxing Day.
Manakala EPL akan berakhir pada akhir Mei, dan perlawanan akhir Piala FA akan berlangsung pada bulan Jun.
Sementara itu perlawanan peringkat kumpulan UCL akan bermula lebih awal, dengan perlawanan akhir peringkat kumpulan akan berakhir pada 01 dan 02 November, dengan perlawanan akhir akan berlangsung buat kali kedua dalam bulan Jun.
Buat Liverpool, cuti rehat untuk kejohanan antarabangsa ini juga memberikan mereka fokus untuk menaiktaraf Anfield Road Stand pada waktu itu.
Proses naiktaraf untuk tempat duduk itu akan bermula pada bulan ini dan dijangka akan berterusan hingga musim panas 2023. Kawasan pembinaan itu akan ditutup ketika matchday dan cuti rehat ini memberikan masa untuk meneruskan kerja tanpa gangguan selama 6 minggu.
Berikut adalah cadangan tarikh untuk EPL dan kejohanan domestik pada musim 2022 2023.
06 Ogo - musim bermula
02 Nov - perlawanan terakhir kumpulan UCL
13 Nov - musim ditangguhkan
21 Nov - Piala Dunia Qatar bermula
18 Dis - Perlawanan Akhir Piala Dunia
26 Dis - musim bersambung
28 Mei - musim berakhir
03 Jun - Final Piala FA
10 Jun - Final UCL
Ianya akan menjadi lebih menarik jika ada mana mana kelab yang mahu mengadakan perlawanan persahabatan untuk pemain pemain mereka yang tidak terlibat dalam kejohanan Piala Dunia ketika itu.
Jurgen Klopp kebiasaannya akan memberikan cuti musim sejuk buat pemain pemain yang tidak terlibat dengan kejohanan tersebut tetapi kem latihan juga berkemungkinan diadakan pada waktu itu.
ADMIN
Musim tersebut akan menjadi lebih panjang sebenarnya dengan Piala Dunia di pertengahan musim.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment