Skip to main content

Lagenda Liverpool Roger Hunt Meninggal Dunia

Beliau merupakan penjaring gol kedua terbanyak kelab sepanjang zaman dengan 285 gol dari 492 penampilan, meninggal dunia akibat keuzuran semalam. 


Merupakan sebahagian daripada skuad yang memenangi Piala Dunia pada 1966, Hunt menyertai The Reds dari skuad amatur tempatan Stockton Heath ketika berusia 20 tahun pada 1958, dengan menghabiskan 11 setengah tahun di Anfield pada ketika itu. 

Gol keseluruhan beliau berjumlah 285 kekal hingga Ian Rush berjaya memintasnya pada 1992. Namun tiada pemain lain berjaya menjaringkan gol di liga sebanyak beliau dengan 244 gol. 

Hunt melakukan debut pertamanya bersama Liverpool pada September 1959, dengan kemenangan ke atas Scunthorpe dan menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut. 

Di bawah kendalian Bill Shankly yang tiba di kelab itu beberapa bulan kemudian, Hunt kemudiannya bergandingan dengan Ian St John bagi membentuk barisan serangan yang menggerunkan dengan menjulang kejuaraan Divisyen Dua pada 1962, disusuli dengan kejuaraan Divisyen Satu pada 1964 dan 1966 selain daripada kejayaan menjulang Piala FA yang dinantikan pada 1965. 

Pencapaian Hunt itu diiktiraf oleh penyokong Liverpool hingga menggelarkan beliau sebagai "Sir Roger" buat selama lamanya sebagai tanda penghormatan buat sumbangan beliau di kelab. 

Beliau juga dianggap sebagai lagenda dalam pasukan England, yang merupakan sebahagian daripada skuad England yang menewaskan Germany dalam aksi Final Piala Dunia 1966. 

Beliau menjaringkan 3 gol dari 6 penampilan pada kejohanan itu, dengan 18 gol dari 34 penampilan keseluruhan bersama skuad Three Lions. 

ADMIN

Salam takziah buat keluarga mendiang Sir Roger Hunt. YNWA. 

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football