Liverpool terdedah dengan serangan di pelbagai posisi hingga 3 gol dibolosi.
PEMBUKA CERITA - CARABAO CUP
Liverpool menewaskan Norwich dengan begitu bergaya resultnya dalam perlawanan Carabao Cup walaupun melakukan 6 pertukaran serta prestasi slightly above par. Minamino (score in 6 away game) dan Origi (9th player untuk jaringkan 10 gol above dalam Carabao Cup) menjadi dalam perlawanan itu sedikit sebanyak membuka 'mata' ramai pihak bahawa Liverpool masih mempunyai '2nd team' yang boleh lawan dengan EPL team jika benar percaturannya.
Kegembiraan itu memberi satu nafas yang segar apabila melihat Conor Bradley (18 tahun) dan Gordon (16 tahun - 5th youngest player debut) bermain dalam kesebelasan utama. Kemudiannya masuk pula Morton menggantikan Keita yang 'tersepak tanah' menjadikan Klopp secara keseluruhannya memberi debut 100 pemain sejak memegang jawatan sebagai pengurus Liverpool.
Liverpool akan bertarung dengan Preston pada 28 Okt 2021 nanti.
SEBELUM SEPAK MULA
Ada 2 perlawanan membabitkan 3 big team bergelut sesama sendiri dan Liverpool telah berada di top of table walaupun masih lagi tidak menyepak bola (Rentetan daripada kekalahan Chelsea kepada Man City dan Man Utd kepada Aston Villa (miss penalty).
Dalam liga musim ini, saya merasakan tight competition di antara Chelsea dan Man City. Kerana kedua-duanya mempunyai skuad yang lebih ampuh berbanding Liverpool secara amnya. Ya, Liverpool ketika ini berada top of table, tetapi anda tidak harus melihat kepada point semasa sahaja.
Ini kerana Chelsea telah menentang Arsenal, Man City, Liverpool, Spurs (4 daripada 5 big 6), manakala Man City telah menentang Chelsea, Spurs dan Arsenal ( 3 daripada 5). Maksudnya di sini, dalam pertarungan big 6, Liverpool hanya menentang 1 pasukan dan peminat Liverpool tidak harus terlalu 'over-carry' dengan situasi semasa di liga ini.
Liverpool akan menentang Man City selepas ini dan game penting bermula bulan Oktober hingga Disember nanti. Bagi geng troller daripada Liverpool, bersiap sedia dengan fixture penting dpd Liverpool. Mungkin ramai yang tidak tahu Liverpool mempunyai 'cursed' bolos banyak dengan newly promoted team (etc Norwich 5-4) (jangan percaya tahyol!!).
SLOPPY DEFEND
Ini adalah game yang terburuk bagi back 4 kita. Kita kena akuinya. Mereka ini sebenarnya diberikan 'rehat' ketika midweek punya game. The worst ever mendekati backline kempen Liverpool pada tahun 2016 atau 2017 yang lepas sebelum pembelian VVD.
Walaupun semua back-4 ini diberi 'cuti', namun, semuanya seolah-olah not 100%, not sharp not everything. Thats why saya highlight berasingan.
Pada asasnya, kita struggle dengan lineup and setup daripada Brentford. Mereka menggunakan formasi asas 3-5-2 dengan approach menggunakan longball. Dan Liverpool atau mana-mana expansive offensive team akan struggle dengan long ball tactic kerana ini adalah salah satu senjata untuk menewaskan pasukan yang memiliki teknikal and taktikal yang kuat.
Ternyata setup kali ini bagi Brentford menjadi, kerana both Matip dan VVD struggle untuk cope dengan penyerang mereka yang mempunyai kekuatan dan speed. Dengan wingback yang push ke hadapan (Robbo/TAA) termasuk barisan tengah yang agak ofensif (tiada kestabilan tanpa Thiago), maka bahagian bawah Liverpool menjadi terhuyung-hayang dan vulnerable.
Walaupun Matip mencatat rekod ke 100 appearancesnya bersama Liverpool, namun, boleh dikatakan sambutan tersebut tidak dapat diraikan kerana both CB ini melakukan antara worst performance mereka. Liverpool juga kalah dalam 1st ball and second ball di bahagian pertahanan atau di tengah menjadikan, situasi defensif ini lebih memburuk.
MAESTRO TACTICAL & DETERMINATION
Sekiranya Liverpool kalah atau seri, selain daripada melihat kepada kelemahan Liverpool, sebenarnya ada satu sudut pandangan yang anda perlu lakukan iaitu memberi kredit kepada team lawan.
Pada kali ini sebelum bercerita tentang kelemahan Liverpool, saya memuji 2 perkara iaitu determination daripada pemain lawan dan tactical unconversational daripada Thomas Frank. Berbeza dengan Tuchel yang 'ultra defensif' (even lawan Man City pun ultra defensif), Frank is Classic Tactician!!
Dalam post match interview, Thomas Frank berjaya men-setkan mentaliti pemainnya untuk tidak terlalu 'hormat' kepada Liverpool. Dan perkara ini dibuktikan dengan usaha mereka walaupun telah ketinggalan satu ketika, tidak berhenti berusaha dan berharap utk melakukan sebarang usaha mendapatkan gol penyamaan. Gol dan mereka semua happy dan salah seorang pemainnya mengatakan ianya 'mimpi menjadi nyata' (seri dengan Liverpool).
Perkara yang kedua, ialah taktikal pengurusnya sendiri. Utk menyerang Liverpool mereka telah mengenalpasti kekuatan CB iaitu 1 v 1 duel dan aerial power. Jadi Frank tidak menyerang menggunakan approach ini, mereka tidak menyerang dalam keadaan 1 v 1, bahkan mereka sentiasa melakukan simple pass, 1 -2 pass di edge of our penalty box bagi menyebabkan our CB dalam keadaan back foot. Ini adalah ketika situasi di tengah atau di half space.
Di tambah lagi, Brentford akan melalukan "dummy overload" di bahagian half space (dummy utk attack half space) sebelum melakukan hantaran ke far post yang telah di overload sejak awal game. (obviously ketika sebelum mendapatkan gol penyamaan kedua/ ketiga) (Boleh lihat dengan nyata gambar yang saya sertakan).
Ini menyebabkan Liverpool tidak berupaya menggunakan kekuatan CB, dan membuka weakness di bahagian wingback yang memang kita sedia ketahui.
'Dummy overload' di side/half space, berjaya mengelirukan Liverpool yang ketika mod bertahan (Liverpool power dalam defend halfspace pada asasnya). Bermaksud, long ball dan far post cross berjaya 'bypass' semua structure yang Liverpool bina ketika mod bertahan terutama di bahagian tengah.
Klopp sendiri pernah ditemuramah mengatakan dirinya memang mahu bertandang ke Brentford untuk mengenal dan belajar tentang setup set-piece nya sebelum ini. Dan ternyata ini terjadi dalam gol pertama dibolos. Creative setpiece.
Maka, utk musim ini, ketika ini, telah ada 2 manager yang berjaya jaringkan gol terhadap Liverpool iaitu Thomas Thucel dan Thomas Frank. No complaint, Brentford deserved the point. Sedikit nota tambahan, Liverpool berjaya memberi 'first debut goal' kepada 101 player sebelum ini. Dan Liverpool akan melahirkan penjaga gol lawan seumpama Oliver Kahn ketika perlawanan kan?.
DI MANA SILAPNYA?
Lineup pada asasnya menunjukkan Liverpool agak offensif dengan hanya 1 pivot yang nyata. Macam yang saya pernah lontarkan sebelum ini, Hendo awesome utk menyerang tetapi akan membuka ruang di bahagian side back (Trent) ketika bertahan. Dan pada kali ini, Jones diturunkan, (juga attacking minded) yang walaupun mampu untuk bertahan, tetapi akan expose Robbo seorang diri.
Jika memilih worst 3 player Liverpool utk game ini, saya pilih Matip(one of worst game in history walaupun ada crossline clearance), Robbo (despite assist) and Mane (even assist and pass to Salah). Off game bagi mereka normal for certain player is normal, tetapi apabila seluruh team hanya 'slightly above par', maka inilah jadinya.
Walaubagaimanapun, saya percaya inilah lineup paling terbaik, paling bersedia yang telah dipilih berdasarkan prestasi semasa (terutamanya ketika latihan akhir). jika nak bandingkan dengan padangan sesetengah peminat yang secara tiba-tiba mahu masukkan Origi, Minamino atau Tsimikas hanya kerana dibuai dengan kemenangan menentang Norwich.
Sekadar bernatijah, pandangan itu berkemungkinan besar adalah 'after taught' punya opinion, dan bagaimana sekiranya Origi, Minamino, Tsimikas dimasukkan dan Liverpool masih seri?
Adakah anda mahu reverse semula statement "Mengapa tak masukkan Robbo, Jota, Mane pula?". Secara asasnya, pendapat peminat (termasuk saya) tidak salah dan perlu diingat, pendapat peminat (termasuk saya juga) bukanlah betul. Decision had been made, just stick and move on.
Liverpool struggle dengan pair striker Brentford bukan hanya di bahagian CB, Fabinho pun sama. Pengaruh Fabinho agak kurang kerana Brentford bermain 1-2 pass di bahagian tengah (dengan physical prowess and speed striker), plus, mereka bermain secara classic England team, iaitu menyerang daripada hantaran silang (bypass the center) menyebabkan fungsi Fabinho untuk menyerap serangan agak minimum.
Liverpool juga hilang kekuatan untuk mengambil 1st ball and second ball (kehilangan Thiago obviously) di bahagian tengah terutamanya menjadikan Bretford boleh melakukan serangan kilat dengan shape Liverpool ketika itu tidak begitu 'kukuh' utk menyerap serangan.
Dan hampir kesemua gol yang dijaringkan oleh Brentford disebabkan Liverpool gagal mengeluarkan 2nd/3rd ball dengan baik di kotak penalti bukan?
Kekuatan utama Liverpool ketika bertahan adalah transisi bertahan daripada menyerang dengan semua pemain akan turun ke bawah (compact and close down the passing lane).
Seperti yang saya katakan tadi, Liverpool telah mempunyai gap yang expose sepanjang masa di bahagian tengah dan side back. Dan dalam masa yang sama, support daripada tengah dan serangan agak lambat.
Ini juga disebabkan pasukan Brentford melakukan banyak long ball play, yang menyebabkan ianya become worst. Our midfielder "too slow"(utk close down) in defensive transition. Nampak tak hubungan di antara semua ini?
Dalam konteks game ini, 3 gol tidak cukup apabila backline exposed. Barisan serangan seharusnya memegang 'tanggungjawab' lebih utk kill the game bagi membantu nervy backline dengan menyumbat gol keempat atau kelima.
Namun, perkara ini tidak berlaku dan ianya perlu dihighlight sekurang-kurangnya dalam game ini. Saya tidak concern terhadap banyaknya chance yang kita create, tapi saya concern adalah semua player attacker buang 'big chance' yang rare. Especially when yet to kill.
Pada isu pertukaran, Klopp di tanya tentang kenapa gunakan 1 subs dan kenapa memasukkan Firmino ketika bertahan. Klopp menjawab ianya untuk membentuk struktur yang lebih jelas dan Brentford yang menggunakan long ball tactic itu menyebabkan LFC tidak memerlukan 3rd midfielder di bahagian tengah. Klopp mahu memberi masalah kepada backline Brentford dan mendapatkan gol lagi.
Berdasarkan pertukaran ini, LFC telah menukar shape formation daripada 4-3-3 kepada 4-2-3-1 dengan Hendo berada di samping Fab di center, manakala Jota akan berada di between di belakang Firmino.
Pada asasnya, tactical ini sebenarnya berjaya. Liverpool telah berjaya mempunyai sekurangnya 3 peluang clear gol, dan 2 daripadanya big chance (Salah sepak ke udara dan deflect crossing di save of Raya). Dalam pertukaran offensif itu, berjaya membuatkan Brentford mula desperate melakukan 'human touch' terhadap Mane dan Jota (sebelum ini takda obvious touch oleh pemain Brentford) utk Liverpool punya penalty appeal yang tidak dilayan.
Namun, satu perkara yang saya rasa kecewa kenapa Klopp hanya menggunakan 1 pertukaran dan tidak meletakkan sebarang pemain untuk bantu pertahanan. Dengan meletakkan Konate/Gomez vs pair striker akan lebih-lebih membantu atau sekurang-kurangnya meletakkan Milner dan take out any front 3 sedia ada mungkin lebih bermakna (better depth than last year isnt?).
Secara negatifnya, saya melihat Klopp mungkin 'overconfident' dan tidak merasakan Brentford berjaya comeback. Namun, sudut positif saya mengatakan Klopp mungkin 'tidak sangka' determination dan VVD's tidak mampu cope dengan serangan Brentford. Pada hemat saya, sudut 'pandangan positif' inilah punca utama Klopp tidak melakukan pertukaran yang lain. resultnya.
APA YANG BAIK?
Salah jaringkan golnya yang ke 100 bersama Liverpool, penjaring gol terpantas bagi Liverpool utk era EPL serta telah masuk Hall of Fame Top 10 top scorer Liverpool.
Ini adalah pencapaian yang tidak masuk akal. Walaupun keputusan seri ini, telah menutup sedikit sebanyak achievement Salah ini, namun, percayalah rekod ini akan kekal untuk satu tempoh yang lama sekiranya Liverpool tidak mempunyai mesin gol yang baru (boleh tengok pasukan seperti Man Utd (Rooney, Giggs, Nistelroy), Chelsea (Drogba, Lampard) atau Arsenal (Henry, Van Persie).
Kali terakhir mesin gol yang Liverpool berjaya cipta adalah Michael Owen dan Gerrard. Walaupun Suarez dan Torres berikan harapan, tapi jodoh Liverpool dengan mereka tidak begitu panjang. Pada saya, ini patut kita raikan..
Curtis Jones pada musim lepas telah bermain sebanyak 13 kali sebagai first eleven dan 11 kali sebagai subs. Berjaya menjaringkan 1 gol dan 2 assist sepanjang musim lepas. Ini adalah appearances yg pertama bagi Jones dalam EPL musim ini dan berjaya meledakkan 1 gol dalam 'debut season' (sublime goal).
Performance Jones juga agak memberangsang. (88% Pass accuracy,1/4 Shots on target, 1 Goal, 2/3 Dribbles completed, 7/11 Duels won, 3/3 Tackles won). Ini adalah Jones yang lebih matang berbanding season lepas dan boleh kita consider 'depth' yang lebih 'bagus' berbanding Jones musim 2020/21 bukan?
Selebihnya, pemain-pemain lain mempunyai kelebihan dalam 1-2 moment, but masih tidak mencapai sekurang-kurangnya 8 pointer (daripada 10) jika rating peribadi. Honorable mentioned, Jota semakin gel dalam sistem ini dan telah menjaringkan 5 dpd 12 golnya menerusi tandukan. Robbo jadi top 3 assister dalam sejarah EPL utk left back kepada 40 assist sebaris dengan Baines (53) dan Le Saux (44) (more to come).
Jersi kuning ini memang cantik. Saya paling suka bahagian colar yang bila dipandang corak 'batik' itu, agak cool. Pada awal perlawanan, saya begitu concern untuk melihat corak baju berbanding taktik secara jujurnya. Warna kuning ini sebenarnya mengingatkan saya dengan Gol Kungfu Markovic. Walaupun di troll oleh McDonald's , tapi saya suka.
Liverpool masih top of the table. Undefeated, 16th undefeated since last year. Kelebihan 1 mata. Namun, kelebihan ini tidak begitu 'bermakna' kerana Liverpool akan menentang Man City, tactical battle musim ini.
Dan Liverpool masih lagi tidak melayan mana-mana big 6 selain Chelsea. Liverpool masih lagi 16 games unbeaten (14 won dan 2 seri), equal to 40 points. Melihat kepada trajektori sebagai juara 2019/21, Liverpool better utk goal scored and concede goal rated. Liverpool hanya kurang in term point (musim itu, Liverpool hanya seri 3 kali sahaja).
Walaupun di bahagian atas, saya 'mengutuk' mengenai Liverpool big chance wasted. Namun, saya seronok melihat Liverpool berjaya 'unlock' very dicipline and organize defend yang dilakukan oleh Brentford.
Perlu diingatkan, Brentford hanya melepas 2 gol dalam 5 perlawanan sebelum ini, the best defend selepas Liverpool/Chelsea. Dengan lineup dan ultra defensif ini, sebenarnya Liverpool telah berjaya membuka satu dimensi baru.
Liverpool merekodkan 16 shot tidak termasuk some wasted opportunity yg tidak dikira sebagai shot( seperti Mane shoot and Robbo cross in the end of the game). Saya menjangkakan masalah unlock 'ultra defend' ini akan berjaya diselesaikan sedikit demi sedikit oleh Klopp. Offensif side pada asasnya sangat 'menyeronokkan'.
Liverpool telah membuat 26 pertukaran sebelum game ini, dan masih merekodkan semua kemenangan bar 1 seri dengan Chelsea. Dengan perlawanan ini, Liverpool hampir menukar keseluruhan pemain kecuali Jones dalam first 11 (kecuali Robbo and Hendo sebagai subs game Norwich).
Ini bermakna Liverpool telah melakukan 36 pertukaran dalam 8 perlawanan all competition. Yet, Liverpool masih undefeated and performance wise, Liverpool masih tidak terlalu besar gap di setiap pertukaran yang dilakukan (bar backline untuk game ini). Ini sebagai bukti kecil bagaimana Klopp melakukan man-management utk perlawanan, dan juga menunjukkan our depth is rosing slowly (consider last year atleast).
Newly VAR offside line memberi kelebihan kepada kita kali ini. Jika gol Salah itu diuji dengan sistem VAR offside line musim lepas, nescaya gol itu tidak dikira. Pada musim ini, kita boleh dapat marginal call utk offside VAR situation rasanya.
Dan ofcos, tiada kecederaan baru.
FUTURE
Liverpool akan menentang Porto pada pagi Rabu ini, saya jangkakan sebahagian besar lineup ini adalah sama considering kepada tiada pilihan (kecederaan Thiago, Elliot, Keita).
Ternyata perubahan yang akan berlaku di titik serangan samada Klopp mahu gunakan Firmino, di bahagian tengah, untuk consider Henderson/Jones kepada dependable Milner dan mungkin back 4 (Konate/Gomez) slot in. Saya kurang merasakan Robbo akan ditukar kepada Tsimikas, jika tiada sebarang taktikal dan kejadian yang besar semasa latihan.
Seterusnya, jika tiada sebarang kecederaan, saya nampak lineup menentang Man City juga tidak begitu banyak perubahan menentang Porto nanti. More likely same player utk kekalkan togetherness. Mungkin minor changes sahaja yang berlaku.
END UP
Ini adalah salah satu perlawanan yang anda akan kecewa sebagai peminat Liverpool. Namun, sangat seronok sebagai peminat bola sepak bagaimana dramatiknya satu perlawanan itu regardless team sheet, prestij kelab atau seseorang pemain itu.
Kita perlu realistik. Kita tidak mungkin akan mengakhiri musim ini dengan 37 kemenangan dan 1 seri sahaja. Dengan team-team lain 'closing gap' in term of talent, perkara ini releven untuk kita sedar pasang-surut bola sepak.
Jadi, move on......
ADMIN
Satu penilaian dari Bos LMREDS Mohd Zahar. Lontar sebarang pandangan, komen, pendapat menge
Comments
Post a Comment