Liverpool merampas semula kedudukan teratas liga setelah seri dengan Brentford di tempat lawan.
Perlawanan yang agak menarik ditonjolkan kedua-dua pemain namun satu mata berharga berjaya dikutip oleh Liverpool dan meletakkan pasukan kendalian Jurgen Klopp di puncak liga ketika ini.
Gol yang dijaringkan oleh Diogo Jota, Mohamed Salah dan rembatan kencang luar kotak Curtis Jones meletakkan Liverpool dikedudukan terbaik untuk memenangi perlawanan tersebut yang keputusan semasa 3-2 hasil jaringan pemain tuan rumah Elvin Pinnock dan Vitaly Janelt.
Namun, pada minit ke-82 Yoane Wissa kembali menyamakan kedudukan 3-3 dan Liverpool selepas itu berusaha mencari gol kemenangan namun beberapa percubaan gagal membuahkan hasil walaupun terdapat peluang keemasan untuk memenangi perlawanan tersebut.
Pertahanan kali ini tidak berada dalam prestasi yang baik seperti sebelum ini dan barisan serangan Brentford cukup membeli masalah kepada Van Dijk dan Matip. Mungkin sekiranya memasukkan Joe Gomez atau Ibrahima Konate yang lebih laju dapat membantu untuk mengekang kelajuan Ivan Toney dan lain-lain.
Masalah 'second ball winning' dan ruang yang besar diberikan kepada pemain serangan Brentford adalah kesilapan yang sepatutnya diperbaiki pada separuh masa kedua.
Apapun, seri itu lebih baik daripada kalah dan memimpin liga dengan kelebihan satu mata itu agak baik.
Nota kaki :
Rileks. Masih ada perlawanan lain lagi akan datang dan diharapkan beberapa masalah bertahan dapat diselesaikan.
Comments
Post a Comment