Mo Salah menjaringkan 2 gol dan Sadio Mane menjaringkan 1 gol, manakala Firmino bermula dari bangku simpanan untuk menjaringkan 2 gol juga.
Dan 5 gol di Porto itu memastikan Liverpool kini berada di takhta kumpulan B dengan mengutip 6 mata dari dua perlawanan UCL.
Ianya bukan pertama kali Liverpool mencatatkan kemenangan selesa ke atas Porto, dengan The Reds telah mencatatkan 4 dari 5 pertemuan ke atas pasukan itu sejak Klopp menjadi pengurus Liverpool.
Pencapaian ini telah dilakukan hanya sebanyak 3 kali dalam sejarah kelab tersebut.
Kemenangan besar itu telah mencatatkan sejarah selaku pasukan yang telah menjaringkan lebih 3 gol dalam 6 perlawanan berterusan - sesuatu yang pernah dilakukan pada 1892 ( ketika kelab ditubuhkan ) dan pada 2009.
Jaringan berterusan ini dilakukan ketika menentang Leeds awal bulan ini, dengan kemenangan 3 - 0 dan disusuli oleh kemenangan 3 - 2 ke atas Milan dalam pertemuan pertama UCL.
Ianya diteruskan lagi dengan kemenangan 3 - 0 ke atas Crystal Palace dan Norwich, sebelum seri 3 - 3 ke atas Brentford pada minggu lepas.
Dan pada perlawanan awal pagi tadi, Mo Salah hanya memerlukan 18 minit untuk pasukan pelawat mendahului, dengan hanya menguis masuk bola muntah hasil rembatan deras Curtis Jones.
Mane membuatkan Liverpool selesa mendahului sebelum rehat separuh masa sebelum Mo Salah sekali lagi menjaringkan gol dari jarak dekat setelah sejam perlawanan.
Porto menjaringkan gol pertama mereka menerusi Mehdi Taremi sebelum Roberto Firmino menjaringkan 2 gol bagi melengkapkan 20 gol Liverpool pada bulan ini.
Namun apa yang menarik perhatian adalah persembahan Curtis Jones, yang menarik minat beberapa bekas pemain Liverpool seperti Peter Crouch dan Michael Owen.
Menurut Crouch :
"Prestasi Curtis Jones amat luar biasa. Beliau mempunyai kawalan bola yang baik dan melakukan hantaran terus pada masa yang tepat".
Tambah Owen pula :
"Sebelum Harvey Elliot mengalami kecederaan, beliau yang sering menjadi pilihan untuk diturunkan. Curtis Jones sentiasa menunggu peluang tetapi percayalah beliau memerlukan lebih minit permainan lagi".
"Dan bila beliau mendapat peluang beliau harus lakukan apa yang dilakukan malam ini".
Dan apabila Klopp ditanya mengenai prestasi pasukan di hadapan gol musim ini, beliau berkata :
"Oh 20 gol pada bulan September? Saya tidak perasan".
"Kami bolos beberapa gol juga. Kami akan menentang Man City pada hari Ahad. Ianya sesuatu yang tidak masuk akal jika memikirkan berapa gol yang kami mampu jaringkan ke atas mereka".
"Kami memerlukan persembahan yang kompleks dan terbaik tetapi kami tidak sabar untuk bermain di halaman sendiri semula".
ADMIN
Masih pertikaikan gol Liverpool tidak cukup banyak? YNWA.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment