Skip to main content

Jurgen Klopp Ambil Langkah Berjaga Jaga Untuk Elakkan "Kebocoran Informasi"

Beliau menjelaskan kesukaran untuk menjalani latihan di Portugal berikutan "kebocoran informasi".


The Reds telah tiba di Portugal pada petang Isnin untuk berhadapan dengan Porto, perlawanan pertama di gelanggang lawan setelah membenam cabaran Milan 3 - 2 hampir dua minggu lepas. 

Pengurus Liverpool itu mengakui bahawa mereka telah menyelesaikan isu di bahagian pertahana, namun persiapan terakhir mereka dibelenggu oleh masalah perjalanan ke venue. 

Klopp mendedahkan bahawa akan berlaku kebocoran maklumat jika mereka menjalani latihan bersama pemainnya ketika di Boavista pada Selasa. 

Menurut Klopp :

"Secara jujur kami tidak mempunyai banyak masa".

"Ahad adalah sesi pemulihan, Isnin sesi pemulihan + latihan, Selasa kami tidak dapat menjalani latihan kerana penduduk di Porto adalah Portugis" 

"Meskipun kami menjalani latihan di Boavista atau di mana sahaja, akan ada informasi bocor selepas itu".

"Jadi kami tidak boleh menjalani latihan secara taktikal, kami harus menjalani latihan ringan sahaja dan diharap kami bersedia untuk perlawanan esok".

Ianya mendedahkan bagaimana isu persiapan untuk perlawanan UCL pada awal pagi esok, dengan Liverpool bermain di London pada hari Sabtu lepas".

Dijangka akan ada perubahan yang berlaku dalam barisan kesebelasan utama, namun diharap ianya tidak didedahkan lebih awal bagi mengejutkan Porto awal pagi esok. 

ADMIN

Klopp adalah jenis perahsia mengenai detail tactical beliau. Selepas perlawanan baru kita tahu. YNWA 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football