Ianya satu berita yang menggembirakan buat Jurgen Klopp menjelang perlawanan UCL awal pagi Rabu ini.
Dan difahamkan Naby Keita telah mula menjalani latihan berpasukan dalam persiapan menentang Porto.
Sebelum ini Keita tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Brentford setelah mengalami kecederaan ketika menentang Norwich dalam aksi Carabao Cup pertengahan minggu lepas.
Pemain antarabangsa Guinea itu dikeluarkan ketika separuh masa pertama di Carrow Road selepas tersepak tanah ketika mahu melakukan hantaran.
Jurgen Klopp sebelum ini yakin pemain itu tidak mengalami kecederaan serius dan Keita telah terlibat dalam sesi latihan dk Kirkby pada hari ini sebelum mereka bertolak ke Portugal lewat hari ini.
Manakala pemain lain seperti Thiago, Harvey Elliot dan Neco William masing masing mengalami kecederaan dan tersisih untuk perlawanan di Porto.
Liverpool kini menduduki takhta Kumpulan B setelah mencatat kemenangan ke atas AC Milan 3 - 2. Porto dan Atletico seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan.
ADMIN
Perkhabaran yang baik. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment