Skip to main content

Jurgen Klopp : "Berhati Hati Dengan Kelibat Ivan Toney"

Kedua dua pasukan ini mempamerkan prestasi yang baik sejak awal musim dan Klopp melaungkan amaran buat pemain pertahanan mengenai kelibat penyerang utama pasukan tersebut.


Liverpool belum lagi tewas pada musim ini, dan seolah olah memberi gambaran sebagai pasukan pencabar kejuaraan sejak 2019 2020 berbanding kesukaran yang mereka lalui pada musim lepas. 

Jurgen Klopp setakat ini telah mengembalikan status Anfield sebagai kubu kuat pasukan, dengan corak permainan berintensiti tinggi menyukarkan mana mana lawan untuk bermain dengan baik di sana. 

Selepas berjaya mara ke peringkat seterusnya dalam aksi Carabao Cup dengan menewaskan Norwich City 3 - 0, tumpuan Liverpool beralih pula untuk mengunjungi Brentford untuk aksi liga seterusnya. 

Kelab di barat London itu akhirnya mengakhiri penantian mereka untuk menyertai EPL, dengan corak permainan pressing, tidak takut dengan lawan dan permainan berdasarkan data analisis. 

Dua perlawanan terakhir The Bee menyaksikan mereka menewaskan Wolves, dan kemudian membelasah Oldham Athletics 7 - 0 untuk aksi Carabao Cup. 

Dan Klopp memberikan memberikan amaran kepada barisan pertahanan Liverpool untuk memberi perhatian kepada Ivan Toney, penyerang utama Brentford yang mempunyai penyudah yang ampuh dan sering memberikan ancaman buat kubu pasukan lawan. 

Menurut Klopp :

"Brentford mempunyai kisah yang menarik. Saya dapat katakan Ivan Toney".

"Mereka akan bergerak sebagai satu unit. Beliau mempunyai keyakinan yang tinggi dan beliau mampu menterjemahkan sesuatu yang boleh dilakukan oleh seorang pemain. Beliau kini dalam pasaran pemain, tidak pasti kelab mana yang mahukan beliau. Brentford mendapatkan beliau dan itu adalah jalan penyelesaian mereka".

Ketika ini Toney telah mencatatkan 1 gol dan 1 assist buat pasukan Brentford, dan mungkin akan cuba untuk mengecewakan Liverpool pada tengah malam ini. 

Jurgen Klopp telah memuji usaha yang dilakukan oleh pasukan yang baru dinaikkan ke EPL musim ini, dengan menggambarkan beliau ketika baru menceburi bidang kejurulatihan bersama Mainz satu ketika dahulu. 

"Mereka mengingatkan saya kepada Mainz satu ketika dahulu. Kami harus bersikap bijak dalam pasaran perpindahan".

"Brentford mampu mengejutkan kami. Mereka telah dilatih dengan baik dan menggunakan formasi 3-5-2. Setiap pemain akan bekerja keras untuk mempamerkan aksi terbaik di stadium baru mereka".

Sebelum ini Brentford juga dipuji kerana berjaya meneliti pasaran perpindahan dengan baik hingga dapat mengeluarkan bakat terbaik seperti Toney. 

Sebelum ini barisan serangan Brentford diterajui oleh Ollie Watkins dan Neil Maupay, di mana mereka membawa masuk kedua duanya dengan nilai £8.3 juta dan kemudian menjualnya dengan nilai gabungan hampir £50 juta.

ADMIN

Yeap, berhati hati dengan kelibat pemain ini. YNWA.

Sumber : Daily Mirror 

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football