Skip to main content

Bagaimana Peranan Kostas Tsimikas Berubah Di Bawah Kendalian Jurgen Klopp Musim Ini

Beliau telah diturunkan dalam perlawanan penuh sejak permulaan musim ini dan telah menunjukkan peningkatan mendadak.


Krisis kecederaan pemain musim letak telah meletakkan beban yang tinggi terhadap beberapa pemain utama, dan antara pemain yang terkesan adalah Andy Robertson. 

Dengan majoriti pemain pertahanan Liverpool yang mengalami kecederaan musim lepas, Jurgen Klopp sukar untuk menggilirkan pemain tanpa merisikokan posisi yang terjejas pada musim lepas. 

Kesan yang sama dirasai oleh Andy Robertson yang terpaksa bermain sebanyak 3,652 minit masa perlawanan dan telah melakukan 38 penampilan penuh dalam perlawanan liga Liverpool. 

Hanya 5 pemain yang melakukan penampilan penuh dalam liga lebih dari beliau, namun beliau terpaksa diturunkan dalam perlawanan UCL juga pada musim lepas tanpa penggiliran. 

The Reds sudah pasti membawa masuk Kostas Tsimikas sebagai back up kepada Andy Robertson, namun ianya sangat berisiko untuk menurunkan pemain yang jarang diuji dalam perlawanan perlawanan penting dengan keadaan skuad yang agak tempang tanpa pemain utama di barisan pertahanan. 

Dan pramusim lepas mendedahkan nilai sebenar Tsimikas ketika diberikan minit perlawanan, dengan mempamerkan prestasi yang baik sepanjang musim panas. 

Dengan Robertson ketika itu mengalami kecederaan buku lali ketika musim ini hampir bermula, Klopp dengan yakin meletakkan Tsimikas dalam kesebelasan utama sekaligus penampilan penuh pertama beliau ketika menentang Norwich. 

Beliau mengambil peluang itu sepenuhnya di Carrow Road, dengan memperagakan ancaman serangan yang luar biasa dari sebelah kiri sambil mempamerkan corak bertahan yang jitu dalam situasi luar jangka. 

Tujuh hari kemudian, beliau memperagakan lagi aksi serupa ketika perlawanan menentang Burnley. Dalam masa tujuh hari dari 2 perlawanan beliau melakukan 11 hantaran lintang, 8 dribbles, 4 hantaran yang menjurus kepada shot on goal dan meletakkan namanya untuk satu assist. 

Kembalinya Robertson selepas itu meletakkan beliau kembali di bangku simpanan, dengan Klopp kembali menyenaraikan beliau dalam perlawanan menentang Crystal Palace minggu lepas setelah Robertson terlibat dalam dua perlawanan sebelumnya, menentang Leeds dan Milan. 

Beliau juga diturunkan dalam perlawanan menentang Norwich sekali lagi dalam EFL Cup, sekaligus mencipta assist kedua dalam untuk beliau musim ini. 

Persembahan yang ditunjukkan Tsimikas meletakkan beliau di mata Klopp sebagai alternatif untuk Robertson. Pilihan alternatif di mana beliau dimasukkan dan beraksi pada tahap yang sama seperti Robbo, dan tidak menjejaskan impak dan efektif serangan di bahagian sayap kiri. 

Impak keseluruhan yang diberikan beliau adalah salah satu cerita kejayaan kecil untuk Liverpool pada musim ini. 

ADMIN

Samada Tsimikas atau Robbo, kedua duanya memberikan impak yang luar biasa di sayap kiri. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football