Skip to main content

"Teruskan Jones!" - Jurgen Klopp Dan Jordan Henderson Memuji Persembahan Pemain Itu

Pemain berusia 20 tahun itu diturunkan buat kali ketiga secara berterusan musim ini setelah bermain dalam perlawanan menentang Norwich dan Brentford.


Setelah menarik perhatian ketika melakukan jaringan menentang Brentford, Jones mempamerkan sekali lagi prestasi terbaiknya apabila menyumbang 4 assist dalam kemenangan 5 - 1 Liverpool ke atas Porto. 

Klopp mendedahkan bahawa beliau kini berada dalam prestasi konsisten sebagai pemain muda manakala Jordan Henderson pula memuji pemain itu semakin hari semakin menunjukkan kematangan.

Menurut Hendo menerusi BT Sport :

"Curtis adalah pemain yang hebat".

"Saya tahu beliau masih muda, namun saya merasakan beliau kini sudah berada di dalam pasukan sejak beberapa tahun, beliau menyesuaikan diri dan lebih matang ketika ini".

"Dan sekarang anda menyaksikan betapa bagusnya beliau dalam masa beberapa perlawanan sebelum ini".

"Beliau harus bersabar dalam beberapa perlawanan sebelum ini, dan setelah beliau diturunkan beliau menunjukkan prestasi yang amat baik".

"Beliau memiliki segalanya di sini untuk menjadi pemain yang bagus di masa hadapan".

"Namun saya rasakan beliau telah menjadi lebih matang dan bermain dengan amat baik untuk membantu pasukan".

Jurgen Klopp mendedahkan bahawa Curtis Jones mengalami sakit perut sebelum perlawanan bermula, namun berasa lega dapat menurunkan beliau dalam perlawanan tersebut.

Menurut Klopp :

"Doktor kelab berjumpa dengan saya di bilik dan memberitahu kami harus memantau perkembangan beliau ketika perlawanan, namun selepas perlawanan saya memberitahu beliau apapun yang terjadi dengan simpan dahulu".

"Beliau bermain dengan sangat baik. Beliau berada di mana mana, terlibat dalam semua situasi, melakukan sesuatu ketika gol pertama - penjaga gol tidak mampu berbuat apa apa dan banyak lagi situasi yang melibatkan beliau".

"Beliau bertahan dengan baik walaupun tidaklah sebaik mana, tetapi berada dalam kelas tersendiri dan menekan lawan di kawasan yang sukar".

"Saya sukakan semua persembahan beliau pada hari ini. Jadi teruskan Curtis - ianya tidak terlalu buruk malam ini".

ADMIN

Minggu lepas jaringkan gol padu, minggu ini beri 4 assist. Padu Curtis padu. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football