Kedua dua pemain telah dipinjamkan pada musim dan mereka kembali ke Liverpool dengan skuad yang dipenuhi bakat baru ketika ini. Harry Wilson dipinjamkan ke Bournemouth pada musim panas lepas. Foto : Gettyimages Harry Wilson dipinjamkan ke Bournemouth manakala Marko Grujic pula dipinjamkan ke Hertha Berlin pada musim lepas. Kedua dua pemain ini telah beraksi dengan baik di kelab luar Merseyside pada musim lepas namun mendapati mereka berada di persimpangan karier mereka pada musim ini. Dengan Liverpool akan bermain dalam jadual yang padat pada musim mendatang ini, peluang untuk mereka beraksi sebelum bermulanya kempen 2020 / 2021 bermula amat singkat dan terhad. Seperti yang dilaporkan Liverpool Echo, jika musim lepas menyaksikan sesi perlawanan pramusim sebagai medan untuk Harry Wilson mempamerkan kemampuan mereka namun kali ini perlawanan pramusim adalah sebagai medan untuk pemain senior meningkatkan prestasi mereka sebelum musim sebenar bermula. Sebelum
Tukang Story Liverpool dan Bola Semasa