Kedua dua pemain telah dipinjamkan pada musim dan mereka kembali ke Liverpool dengan skuad yang dipenuhi bakat baru ketika ini.
Harry Wilson dipinjamkan ke Bournemouth pada musim panas lepas. Foto : Gettyimages |
Harry Wilson dipinjamkan ke Bournemouth manakala Marko Grujic pula dipinjamkan ke Hertha Berlin pada musim lepas.
Kedua dua pemain ini telah beraksi dengan baik di kelab luar Merseyside pada musim lepas namun mendapati mereka berada di persimpangan karier mereka pada musim ini.
Dengan Liverpool akan bermain dalam jadual yang padat pada musim mendatang ini, peluang untuk mereka beraksi sebelum bermulanya kempen 2020 / 2021 bermula amat singkat dan terhad.
Seperti yang dilaporkan Liverpool Echo, jika musim lepas menyaksikan sesi perlawanan pramusim sebagai medan untuk Harry Wilson mempamerkan kemampuan mereka namun kali ini perlawanan pramusim adalah sebagai medan untuk pemain senior meningkatkan prestasi mereka sebelum musim sebenar bermula.
Sebelum ini Liverpool telah menentang Bradford dan Tranmere dalam permulaan perlawanan pramusim mereka, di mana ianya memberi peluang untuk Harry Wilson mengukuhkan ruang dan cengkaman dan skuad senior.
Namun kali ini ianya lebih berbeza, dengan pasukan hanya diberikan ruang dan masa yang terhad untuk melakukan persiapan sambil menyaksikan perlawanan pramusim di negara lain turut dibatalkan.
Perlawanan menentang pasukan tempatan akan diadakan namun Wilson dan Grujic mungkin bergelut dengan minit permainan.
Grujic gagal untuk menembusi skuad utama Liverpool meskipun merupakan salah seorang pemain pertama yang menyertai Klopp di Melwood pada 2016.
Beliau beraksi dengan baik ketika bersama Hertha Berlin tetapi dilihat sukar untuk menyaingi mana mana pemain tengah Liverpool buat masa sekarang.
Senario yang sama juga dialami oleh Harry Wilson yang beraksi dengan baik bersama Bournemouth dan Derby sejak dua musim lepas tetapi sukar untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama Liverpool buat masa sekarang.
Kedua dua pemain ini berkemungkinan juga akan dilepaskan bagi mendapatkan dana perpindahan, selepas Klopp menyatakan bahawa Liverpool tidak akan berbelanja sakan pada musim ini.
Wilson yang kini berumur 23 tahun, difahamkan bernilai £20 juta manakala Grujic yang berumur 24 tahun juga bernilai lebih kurang sama meskipun ketika ini Liverpool terpaksa menerima tawaran lebih rendah dalam situasi tidak menentu sekarang.
ADMIN
Adalah tidak menghairankan jika Klopp mengekalkan salah satunya atau menjual terus jika mempunyai peluang. Keputusan di tangan Liverpool.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment