Skip to main content

Graeme Souness Mendedahkan Perpindahan Terbaik Liverpool Di Bawah Jurgen Klopp

The Reds menjual Phillippe Coutinho ke Barcelona dengan nilai £142 juta pada Januari 208.

Virgil Van Dijk dan Alisson merupakan pemain core di sebalik kejuaraan Liverpool. Foto : Gettyimages
Dan Souness memuji penjualan Coutinho tersebut untuk mendapatkan Virgil Van Dijk dan Alisson adalah perpindahan terbaik yang dilakukan Liverpool di bawah Jurgen Klopp.

18 bulan sebelum Liverpool menjulang kejuaraan UCL, mereka telah melepaskan Phil Coutinho ke Barcelona dengan nilai £142 juta.

Ini memberikan Klopp dana yang mencukupi untuk membawa masuk Virgil Van Dijk di bulan yang sama, sekaligus membawa masuk Alisson di musim panas seterusnya.

Kedua dua pemain ini memberikan impak kepada Liverpool dengan kini kelab itu menjadi juara England, juara Dunia dan juara Eropah dalam masa setahun sahaja.

Menurut Graeme Souness :

"Rahsia konsistensi pasukan adalah terletak pada pengurus kelab".

"Saya tidak pernah bosan untuk menyatakan perkara ini. Ada tidak akan berjaya jika tanpa pemain senior yang berteknikal tinggi. Pemain senior berteknikal tinggi ini yang membuatkan pasukan jadi sangat konsisten".

"Anda tidak boleh menjatuhkan standard anda lebih lebih lagi seorang pengurus kelab. Dari segi rekrutmen pemain, ianya masih menjadi salah satu keputusan yang tepat untuk kelab".

"Jika anda membawa masuk pemain yang betul, mendapat pemain yang boleh memimpin, pemain yang berbakat maka anda mendapatkan pemain yang tepat untuk kelab".

"Apabila anda bertanya apakah pembelian pemain yang terbaik, anda harus lihat kembali bagaimana Liverpool berubah dari pasukan yang baik kepada pasukan hebat".

"Mereka menjual Coutinho dan membawa masuk Virgil dan Alisson, dan itu merupakan urusniaga terbaik yang mereka pernah lakukan".

ADMIN

Kemasukan Virgil dan Alisson memang memberi impak kepada kekuatan Liverpool. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football