Skip to main content

"Tanpa Bakat Siapalah Anda, Tapi Tanpa Sikap Anda Hanyalah Bakat Sahaja Selamanya" - Jurgen Klopp

Jurgen Klopp memberi respon apabila Jordan Henderson dinobatkan sebagai Pemain Terbaik FWA musim ini. 

Jordan Henderson ketika melihat video mesej oleh Klopp. Foto : Daily Mirror

Beliau menewaskan calon penerima lain seperti Kevin De Bruyne dari Man City, Marcus Rashford dari Man United serta rakan sepasukan Sadio Mane dan Virgil Van Dijk. 

Kapten Liverpool itu merupakan sebahagian pemain penting buat Liverpool untuk merangkul kejuaraan EPL musim ini dengan mempamerkan sikap kepimpinan serta merupakan tunjang utama pemain tengah Liverpool.

Jordan Henderson diletakkan di posisi tengah "box to box" selepas ketibaan Fabinho, dan musim ini menyumbangkan 4 gol dan 4 assist dari 30 penampilan liga. 

Dan berikut adalah mesej video dari Klopp untuk kapten Liverpool tersebut. 

"Salah satu persoalan besar dalam bolasepak, apakah yang menjadi pemain itu terbaik? Mana yang paling penting antara bakat atau sikap?"

"Jawapan mudah, tanpa bakat siapalah anda. Namun tanpa sikap anda hanyalah bakat sahaja selamanya".

"Anda adalah contoh terbaik gabungan kedua duanya, bakat dan sikap".

"Siapa pernah terfikir seorang anak muda yang datang dari Sunderland ke Liverpool, dengan impian besar satu hari untuk menjadi pemain terbaik EPL".

"Mungkin selama ini anda hanya bermimpi sahaja. Saya sendiri tidak pasti ianya bakal menjadi realiti buat anda. Saya tahu anda yakin untuk mencapai impian ini, namun inilah masa semua orang melihat impian anda".

"Semua orang menyaksikan betapa hebatnya anda, personaliti anda dan karakter yang anda miliki".

"Anda layak mendapat anugerah dan pengiktirafan ini sewajarnya".

"Tahniah, anda layak mendapatnya. Pencapaian yang hebat".

Jordan Henderson tersisih untuk baki 4 perlawanan liga musim ini dengan perlawanan terakhir di Newcastle United. 

Namun beliau dapat untuk menjulang kejuaraan EPL yang dimenangi pada Rabh lepas, kapten pertama menjulang kejuaraan itu selepas 30 tahun. 

Pemain antarabangsa England itu juga merupakan satu satunya kapten di England yang menjulang 3 kejuaraan antara benua sekaligus; UCL, UEFA Supercup dan Piala Kelab Dunia. 

Tambah Klopp : 

"Betapa bagusnya karier anda sekarang dalam musim yang terbaik. Apa yang lebih bagus lagi, anda akan terus menjadi yang terbaik"

"Nikmati saat saat ini. Pemain terbaik di EPL - Wow!"

ADMIN

Anda boleh ikuti video mesej Klopp itu di SINI.

Terbaik betul ucapan Klopp. Cuba cakap direct je dengan Hendo. Hahaha.

Sumber : Daily Mirror





Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football