Skip to main content

CEO Liverpool Peter Moore Akan Meninggalkan Liverpool : Billy Hogan Sebagai Pengganti

Kontrak beliau selama tiga tahun di Liverpool akan tamat pada hujung bulan ini. 

Peter Moore ( kanan ) bersama VVD ketika menjuarai Piala Kelab Dunia. Foto : Gettyimages
Dan beliau akan digantikan dengan ketua pengarah komersil kelab, Billy Hogan. 

Moore selepas itu akan kembali ke Amerika Syarikat untuk meluangkan masa bersama isterinya, dengan sebelum ini telah bekerja dengan Reebok, Sega, EA dan Microsoft selama 36 tahun sebelum kembali ke kelab kampung halamannya pada 2017. 

Beliau akan membantu dalam masa transition ketika ini dan telah bekerja bersama FSG sejak 2004.

Manakala Billy Hogan pula merupakan rakyat Amerika yang banyak membantu Liverpool dalam mentransformasikan nilai komersil kelab di bawah FSG. Beliau telah membantu untuk berunding dengan Nike selaku penaja jersi rasmi bermula musim ini walaupun perkara itu dibawa ke mahkamah oleh penaja sebelum ini, New Balance. Nike menjamin tajaan sebanyak £30 juta dan royalti penjualan jersi sebanyak 20% kepada kelab yang dianggarkan bernilai £80 juta setahun. 

Menurut Billy Hogan :

"Amat terharu dapat bekerja bersama kelab selama 8 tahun. Ianya satu penghargaan ditawarkan jawatan CEO kelab dan berikrar akan menyambung semula tugas terbaik yang telah dilakukan dalam organisasi ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada John W Henry ( Pemilik Kelab ), Tom Werner ( Pengerusi Kelab ) dan Mike Gordon ( Presiden FSG ) atas peluang yang diberikan untuk membantu kelab memasuki fasa yang menarik".

Sebelum ini Moore telah terlibat secara langsung dalam memberikan respon terhadap komuniti Liverpool terutama ketika menghadapi Covid 19 dan baru baru ini memohon maaf kepada penyokong Liverpool kerana meletakkan sebahagian staf untuk mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan berikutan perintah berkurung di UK. 

Dan beliau memberikan emosi sedih ketika menuju saat saat akhir bersama Liverpool :

"Saya menyukai setiap saat saya bersama Liverpool dan berasa berbangga melihat kelab kembali di posisi di mana mereka patut berada, dari segi komersil dan komuniti sejak 3 tahun lepas. Ianya satu perjalanan yang menakjubkan dan saya ingin mengucapkan terima kasih buat John, Tom dan Mike yang memberikan saya peluang untuk berkhidmat di kelab ini".

"Untuk memenangi UCL, Piala Kelab Dunia dan terkini EPL adalah sesuatu yang sukar digambarkan oleh saya buat masa sekarang ketika saya di sini. Ianya satu pencapaian hebat yang dilakukan pengurus, pemain dan juga staf.  Pasukan ini layak mendapat pujian dan pengiktirafan, dan akan dikenang buat selama lamanya".

"Saya kembali ke Liverpool selepas 30 tahun berada di Amerika Syarikat dan ianya satu pengalaman yang besar. Saya dan isteri telah berkahwin dua tahun lepas dan akan kembali ke Amerika Syarikat dengan pelbagai perasaan. Kami akan kembali untuk bersama keluarga dan anak anak yang berada di sana, dan sedih kerana meninggalkan kelab yang kami telah cuba untuk melakukan perubahan dan meninggalkan sejarah yang besar untuk kelab ini"

ADMIN

Thanks for everything Peter Moore. YNWA. 

Sumber : Andy Hunter - Daily Mail

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan