Skip to main content

Pengambilalihan Pemilikan Newcastle United Oleh Konsortium Arab Saudi Gagal

Difahamkan pembelian prospektif itu gagal termeterai berikutan proses urusniaga yang panjang dan rumit.
Putera Mahkota Mohammed bin Salman. Foto : Goal


Dan konsortium yang diketuai oleh Saudi Arabia Public Investment Fund ( PIF) secara rasmi mengakhiri minat mereka terhadap pengambilalihan Newcastle United. 

Proposal untuk mengambilalih pemilikan Newcastle United dengan nilai £300 juta oleh PIF, yang dipengerusikan oleh Putera Mahkota Mohammed Bin Salman gagal direalisasikan berikutan proses perbincangan yang amat panjang. 

Berikut adalah kenyataan daripada PCP Capital Partner dan Reuben Brother mewakili PIF menerusi Sky Sports :

"Dengan penghargaan untuk semua peminat Newcastle selaku kelab bolasepak, kami membuat keputusan untuk mengakhiri minat kami untuk mengambilalih Newcastle United".

"Kami terpaksa melakukan keputusan ini dengan kesal, dengan kami sebelum ini amat teruja dan komited untuk melabur di bandaraya ini dan percaya kami dapat mengembalikan kelab di posisi sebenar, tradisi dan kegemilangan kelab".

"Malangnya, proses perbincangan yang panjang dengan situasi tidak menentu di pasaran global sekarang menyebabkan kami tidak berhasrat untuk melabur buat masa sekarang".

"Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memaklumkan kepada peminat mengenai ketiadaan alternatif lain dari segi perspektif pelaburan".

"Sebagai salah sebuah konsortium pelabur yang menekankan nilai komersil, fokus kami adalah untuk membina kembali nilai kelab, peminat dan komuniti dengan memfokuskan mengenai kerjasama secara praktikal dan proaktif untuk melalui masa sukar dan cabaran di kelab".

"Namun setelah melalui perbincangan yang agak panjang, persetujuan komersil antara pelabur dan pemilik kelab gagal termeterai dan proposal kami gagal terlaksana, dengan sebab utama adalah ketiadaan penjelasan bilakah musim bolasepak akan bermula sebenarnya dengan norma baru dalam perlawanan, latihan dan aktiviti lain".

"Masa adalah faktor utama transaksi ini gagal dilakukan, lebih lebih lagi dengan situasi sekarang yang sukar berikutan penularan wabak Covid 19".

"Kami amat menghargai kesabaran dan sokongan yang ditunjukkan oleh peminat kelab ini. Kami memohon maaf kerana tidak dapat merealisasikan hasrat anda. Kami mengucapkan selamat berjaya untuk kelab dan semua pihak yang terlibat dengan mereka".

Perbincangan mengenai pengambilalihan kelab telah dilakukan sejak berbulan lamanya namun proses pengambilalihan gagal termeterai dengan jayanya. 

Terdapat bantahan untuk perjanjian tersebut khususnya dari kempen hak asasi manusia mengenai kebajikan di Arab Saudi, dengan perbincangan itu menjadi lebih rumit apabila WTO mendedahkan bahawa wakil mereka di England telah melanggari undang undang hak cipta yang melibatkan anak syarikat mereka BeoutQ.

BeoutQ sebelum ini didakwa menyiarkan siaran langsung perlawanan secara tidak sah, termasuk siaran Liga Perdana Inggeris dengan hak penyiaran di Timur Tengah dimiliki oleh Bein Sports iaitu salah sebuah penyiar rasmi di Qatar.

ADMIN

Bukan sesuatu yang mudah sekarang untuk mengambilalih kelab di Liga Perdana Inggeris. 

Sumber : Goal



Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan