Skip to main content

Adam Lallana Bersetuju Dengan Kontrak 3 Tahun Bersama Brighton And Hove Albion

Beliau semakin hampir meninggalkan Merseyside setelah enam musim menabur bakti di sana. 

Adam Lallana sudahpun mengucapkan selamat tinggal buat rakan rakannya di Melwood. 
Adam Lallana mempunyai baki satu lagi perlawanan dalam kontrak lanjutan sementaranya namun beliau tidak akan diturunkan dengan Liverpool akan berkunjung ke Newcastle United esok. 

Jurgen Klopp telah memaklumkan bahawa beliau tidak akan bermain bagi melindungi perpindahannya, namun beliau masih menjalani latihan membuktikan beliau masih dihargai oleh Klopp hingga ke hujung kariernya di Anfield.

Beliau amat sedih menjelang hari terakhirnya di Liverpool namun beliau juga berbangga dengan melangkah pergi selaku bekas sebahagian pasukan juara EPL. 

Sebelum ini Everton, Spurs dan Leicester merupakan kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. 

Namun Lallana memilih untuk kembali ke selatan England, dengan James Pearce mendedahkan bahawa beliau telah bersetuju dengan kontrak tiga tahun di kelab tersebut. 

Pemain itu telah melakukan 178 penampilan dengan menjaringkan 22 gol di Liverpool selama 6 tahun, di mana beliau diberikan ucapan penghargaan oleh peminat dan staf serta rakan sepasukan di Liverpool. 

ADMIN

Beliau mahu kembali ke tempat asal, tidak jauh dari kampung halaman. Good luck Lallana. YNWA. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football