Ketika ini para pemain Liverpool sedang bercuti 2 minggu setelah menamatkan kempen musim 2019 2020 pada Ahad lepas.
Liverpool ketika kem latihan di France. Foto : Gettyimages |
Skuad Liverpool akan menjalani latihan kecergasan sendiri selama seminggu sebelum kembali ke Melwood pada 15 Ogos untuk menghadapi musim baru, di mana akan bermula pada Sabtu 29 Ogos dalam perebutan Perisai Komuniti menentang Chelsea atau Arsenal.
Jurgen Klopp juga berhasrat membawa anak buahnya untuk menjalani kem latihan menjelang permulaan musim baru.
Dengan Klopp masih berminat untuk ke Evian sekali lagi bagi menjalani kem latihan di sana, Echo difahamkan empat venue masih menjadi pertimbangan - 2 di UK manakala 1 di luar negara dengan bantuan dan panduan dari kerajaan memandangkan penularan Covid 19 masih berlaku hingga hari ini.
Liverpool juga akan kehilangan ramai pemain selepas itu untuk memberi ruang kepada perlawanan antarabangsa selepas Perisai Komuniti dengan liga musim baru bermula pada 12 September 2020.
The Reds juga dijangka akan bermain dalam perlawana persahabatan yang terhad namun tidak akan beraksi di luar benua Eropah dan perlawanan pemanas badan dalam kejohanan pramusim berikutan pertukaran musim yang singkat dan jumlah penerbangan yang amat terhad.
ADMIN
Perisai Komuniti, perlawanan antarabangsa dan EPL bermula pada selepas itu. Perlawanan pemanas badan belum ditentukan.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment